Wednesday, November 28, 2012

KidZania

Hari ketiga kami di Kuala Lumpur kami ke KidZania. Memandangkan KidZania adalah tempat tumpuan semasa cuti sekolah, jadi seperti biasa memang kena beratur panjang. Kami pergi untuk sesi pagi tapi tiket sudah habis, jadi beli tiket untuk sesi petang. Maklumat lanjut mengenai KidZania boleh KLIK DI SINI. Kalau boleh, belilah tiket online untuk menjimatkan masa.

Selesai beli tiket, kami ke Ikea untuk makan dan kemudian bergegas ke Shah Alam untuk ambil hadiah hasil kemenangan saya dalam peraduan di pejabat Karangkraf.

Petang itu baru kami ke Kidzania semula. Sesi petang bermula pada jam 4.00petang. Tapi jam 3.15petang ramai sudah beratur nak masuk.


Kaunter depan KidZania macam nak naik kapalterbang Air Asia.




Sebelum masuk kena pakai tag di tangan dulu.


Kanak-kanak akan diberi cek bernilai 50 Kidzos (nilai matawang yang dipakai di KidZania). Duit ini boleh dibelanjakan sepanjang berada di KidZania.



Tengok tu, ramai tak orang beratur nak masuk.


Anak-anak tak larat berdiri sampai duduk. Entah bersembang apa entah.


Sebelum masuk kena check in dulu. Tag yang dipakai akan di scan.


Suasana di dalam KidZania. Bukan kata anak-anak teruja, ibu dengan abah tengok pun teruja.


Aktiviti mula-mula sekali adalah menunaikan cek. Jadi saya suruh anak-anak beratur sendiri untuk tukarkan cek kepada duit.




Orang kaya baru tengah kira duit. Seronok betul anak-anak dapat pegang duit sendiri, banyak pulak tu.


Inilah rupanya duit yang digunakan di KidZania.


Mula-mula kami singgah di stesen television. Memandangkan tak ramai orang, jadi kami masuk tengok-tengok apa yang ada.


Pengambaran untuk siaran berita sedang dijalankan. Haziq tak berminat untuk baca berita. Hadif dengan Hana Alesya memang tak sesuai sebab belum pandai membaca. Jadi mereka setuju untuk bekerja di belakang tadbir.


Tugasan diberikan kepada semua yang nak turut serta dan sesi penerangan diberi.


Haziq, Hadif dan Hana Alesya di bilik kawalan. Memang nampak bersungguh-sungguh nak buat tugas masing-masing.



Ini keadaan di bahagian depan bilik berita. Semua sedang bersiap sedia dengan tugas masing-masing.


Selesai pengambaran.


Anak-anak akan diberi gaji bila tugasan mereka sekesai. Pakat-pakat beratur ambil gaji.


Kemudian kami singgah di balai polis.


Memandangkan satu sesi tengah berlansung, jadi terpaksa beratur tunggu giliran.


Pon..pon... kereta bomba nak lalu, sila ke tepi sikit.


Bila tiba giliran, masing-masing diberi pakai baju polis.


Bersiap sedia untuk bertugas.




Polis kecil, baju lagi besar dari orangnya.


Selesai menjalankan tugas sebagai polis dan kutip gaji, kami singgah berehat di panggung mini sambil menyaksikan persembahan teater.



Tapi anak-anak kata boring jadi mereka ajak keluar. Memandangkan masing-masing sudah lapar, saya ajak mereka ke Marrybrown untuk jadi pembuat burger. Seperti biasa, kena beratur untuk tunggu giliran.


Bila dah boleh masuk ke dalam, Hana Alesya dengan confident sekali ambil apron dan topi pakai. Dah tak tunggu arahan dah. Memang terhibur sangat-sangat tengok gelagat anak-anak yang teruja buat burger sendiri.


Sesi penerangan.












Yeay, dah siap!


Burger yang dibuat boleh diambil dan dimakan sendiri.


Kami duduk di luar Marrybrown untuk makan. Sebelum makan, baca doa dahulu.



Lepas tu baru boleh ngap.



Lepas menjamu selera, Haziq dan Hadif pergi bekerja bersama Tenaga Nasional.



Hana Alesya memanjakan diri di salon.


Tengah kira duit, nak bayar untuk perkhidmatan make-up.


Suka benar dia disolek. Tadah muka je.


Habis sesi berdandan, saya bawa dia ke Panting School.



Sementara itu Haziq dan Hadif belajar jadi juruterbang.






Banyak aktiviti yang tak dapat dibuat oleh anak-anak. Salah satunya kerana terlalu ramai orang, cuti sekolah macam tulah. Nak jadi doktor, bomba pun tak sempat sebab ramai sangat orang beratur. Jadi mana yang sempat sajalah yang dibuat.

Untuk anak-anak 4 tahun ke bawah aktiviti adalah terhad. Jadi terpaksa pusing banyak kali cari aktiviti yang sesuai untuk Hana Alesya.

Sebelum itu, sempat lagi bergambar dekat kereta bomba. Tak sempat pun merasai pengalaman jadi ahli bomba.



Sepanjang anak-anak di sini, akan ada jurugambar mengambil gambar mereka. Kalau berminat nak beli gambar-gambar tersebut, boleh singgah di kedai gambar dan scan tag di tangan anak. Gambar-gambar mereka akan keluar dan pilihlah mana satu yang anda suka. Tapi jangan pilih banyak-banyak, harganya sekeping RM20.00. Boleh muflis dibuatnya kalau ada anak ramai macam saya.


Sementara tunggu gambar siap dicetak, sempat lagi bergambar dan membuat huru-hara di KidZania.



Sambil berjalan keluar dari KidZania pun sempat lagi nak bergambar. 



KidZania memang menyeronokkan bagi anak-anak. Saya pun suka bawa anak-anak ke sini. Anak-anak akan jadi lebih yakin selain dapat mencuba perkara baru. Harga tiket memang mahal bagi saya. Tapi sesekali bawa anak ke sini as a reward atas penat lelah mereka rajin belajar, apa salahnya.

No comments: