Thursday, November 1, 2012

Lodeh Mak Lodeh

Hari Selasa lepas tadika Hadif Syahmi telah mengadakan malam persembahan. Majlis di adakan di Ixora Hotel. Buat dekat tempat hebat, haruslah ada bayaran. Ibubapa dikenakan RM60.00 seorang dan anak-anak lain RM40.00 seorang. Boleh bankrup macam ni. Apakan daya sebagai tanda sokongan kepada anak, bayar jugalah.

Mulanya ingat nak pergi pakai seluar jeans saja. Tapi last-last ubah fikiran pakai jubah. Nasib baik tak pakai seluar jeans. Kebanyakkan yang datang pakai baju bling-bling. Macam nak pergi beraya pun ada.


Kami sekeluarga duduk di meja 18. Nombor bertuah ni. Meja kami dapat hadiah cabutan bertuah. Dapatlah 3 bekas tupperware.


Majlis juga diserikan dengan penampilan kumpulan UNIC. Masa program dimulakan, anak-anak tadika menyanyi bersama kumpulan UNIC. Wah, ibubapa berebut-rebut ambil gambar. Lepas tu tidak dibenarkan lagi ambil gambar dekat-dekat. Jadi semua gambar yang diambil jauh-jauh belaka.




Persembahan Aci-Aci Buka Pintu.


Lepas tu giliran Hadif dan kawan-kawan menari tarian Lodeh Mak Lodeh. Sempat lagi tengok ke kamera sebab dia tahu abahnya sedang ambil gambar.








Persembahan nyanyian lagu Belon. Lagu ni sangat lucu dan comel. Mana entah cikgu-cikgu dapat.


Persembahan tarian Bollywood.


Tarian Cina. Siap ada aksi kungfu lagi.


Hana Alesya memang tak duduk diam. Siap menari dan berlari-lari di dalam dewan. Penat mencari. Nasib baik dia pandai cari meja kami balik.



Nak bagi diam punya pasal. suruh duduk main game di iPad.


Acara terakhir dari anak-anak tadika adalah persembahan koir.


Acara penutup adalah nyanyian dan selawat dari kumpulan UNIC.


Habis semua program, anak-anak sibuk mengutip belon. Punyalah banyak kutip. Saya siap membebel takut tak muat dalam kereta.



Hadif dah tak nak bergambar. Letih sebab praktis dan buat persembahan. Main game tak letih pula.


Masa keluar dari dewan kumpulan UNIC masih ada lagi di luar. Jadi kami bertiga ambil kesempatan bergambar. Haziq dan Hadif sibuk buat urusan masing-masing, tak nak bergambar.


Alamak, saya nampak gemok!

4 comments:

Mr & Mrs Sallehudin said...

hai...
kite dah baca blog awak entrry spnjang 2012... bestkan..byk menang contest.. kite baru nak start berjinak2 jerr... :)

Aishah Megahasz said...

Hai. Ini Mr ke Mrs. Sallehudin ni :D. Ala...saya menang hadiah kecil-kecil saja. Alhamdulillah..... Ada orang lagi hebat dari saya ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wow siap buat kat hotel lagi..

Aishah Megahasz said...

Ila: Tiap2 tahun macam ni boleh bankrup ibu.