Wednesday, November 28, 2012

Menaiki Komuter

Ini aktiviti suka-suka, saja nak bagi pengalaman pada anak-anak naik komuter. Lepas makan di Tony Roma's kami berjalan kaki ke komuter untuk naik train ke KL Sentral. Harga tiket hanya RM1 sahaja sehala. Perjalanan pun tersangatlah dekat. Belum sempat panas punggung, dah sampai. Dari Mid Valley kami ke KL Sentral dan patah balik semula ke Mid Valley.



Sabar menanti komuter sampai.


Saya dan Hana Alesya di dalam komuter. Eh, pakwe K-Pop mana yang sesat ni?


Anak-anak asyik menonton kartun Tom & Jerry yang ditayangkan di dalam komuter.


Kebanyakkan yang menaiki komuter adalah rakyat asing. Penuh dengan mereka sahaja. Rakyat Malaysia adalah beberapa kerat sahaja.

Satu pengalaman yang saya dapat, memandangkan lelaki tak boleh naik dalam coach wanita kami dengan gigihnya berjalan lagi ke depan untuk naik coach yang campur lelaki dan wanita. Belum sempat sampai naik, komuter sudah jalan. Geram pun ada. Kalau tahu ajak je Huzein dan anak-anak naik dalam coach wanita. Nasib baik suka-suka saja naik, kalau hari-hari, mahunya geram. Patutlah ada lelaki yang buat muka tak malu masuk saja dalam coach wanita.

No comments: