Wednesday, November 28, 2012

Peraduan Mewarna Malaysian Babywearers

Sempena cuti sekolah, apa kata bagi anak-anak anda turut serta dalam peraduan mewarna anjuran Malaysian Babywearers. Kalau berminat, sila terjah Facebook Malaysian Babywearers ok.

Saya beria nak suruh Haziq masuk, tapi yang lebih berminat nampaknya Hadif. Beria dia mewarna, Hana Alesya kacau pun kena marah.



Ini hasil kerja Haziq. Warna sekerat jalan. Selebihnya jadi bahan contengan Hana Alesya.


Jom masuk ramai-ramai. Peraduan mewarna ini dilanjutkan sehingga akhir bulan Disember. Sempat lagi kalau nak masuk.

No comments: