Friday, November 23, 2012

Perjalanan Ke Kuantan Yang Sangat Panjang

Cuti sekolah bermula dan kami sekeluarga ke Pahang. Penginapan adalah tajaan The Zenith Hotel dan juga Suria Cherating Resort. Keduanya adalah hasil kemenangan dalam peraduan. Kalau tak dapat hadiah, rasanya tak sampailah saya ke Pahang. Perjalanan ke sana tersangatlah jauh. 

Meredah hujan dan panas, bontot dah lenguh tapi sampainya belum lagi. Nasib baik driver seorang yang tabah.


Entah ke mana saja Encik Garmin bawa kami. Tiba-tiba saya ternampak Bukit Fraser.



Huzein siap ajak singgah ke Bukit Fraser. Tapi saya malas nak naik,  takut sampai ke Pahang lambat. Sempat juga ambil gambar Haziq di sini. Hadif dan Hana Alesya masa ni sudah melayan mimpi.



Naik bukit, turun bukit. Sampai belumnya juga. Letih.


Baru sampai Bentong. Lepas tu singgah sekejap untuk berehat.


Naik jambatan, turun jambatan. Belum sampai-sampai lagi.


Oh, nampak katil. Lega! Akhirnya sampai juga kami di The Zenith Hotel. Bilik hotel yang luas lagi selesa menambahkan kelegaan.



Anak-anak macam tak habis tenaga. Petang itu juga ajak mandi kolam. Layankan saja. Tapi gambar mandi di kolam tak ambil sebab Huzein malas dan nak berehat-rehat sahaja.

Malam itu kami sekeluarga keluar mencari makanan yang best-best. Hasil google jumpa satu kedai yang best, tapi punyalah ramai orang. Nak parking pun susah. Last-last pergi cari kedai lain yang tak ramai orang sebab perut dah lapar sangat. Nama kedainya tak ingat. Gambar kedai pun tak ambil :D

Muka orang boring tunggu makanan sampai.


Sotong goreng tepung sudah sampai. Jom serbu! Yang ini memang sedap.


Hadif yang susah makan pun suka.


Ketam masak bersama telur ikan masin. Ini pun sedah. Eh, apa yang tak sedap bagi saya? Semuanya sedap.


Ya, jom kita makan. Ada sayur kailan ikan masin dan sup ayam juga.


Lepas makan terus balik ke hotel. Anak-anak yang kepenatan pun tertidur dalam kereta.

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

seronoknya, ayu dah lama tak turun kuantan :)

Aishah Megahasz said...

Ayu: Ini 1st time bawa anak-anak ke sini. Last pergi rasanya 8 tahun dulu.