Thursday, November 29, 2012

Pesta Buku

Kegilaan saya terhadap buku sampai sekarang tidak pernah padam. Saya baca apa-apa saja bahan bacaan asalkan menarik. Buku, majalah dan kadang-kadang brosur pun saya belek baca.

Ini adalah sebahagian (er... suku kot) koleksi buku-buku saya. Ini yang saya letak di pejabat. Di rumah ada juga. Saya bercita-cita nak buat mini perpustakaan di rumah. Insyallah, pasti ada suatu hari nanti.

Antara yang ada dalam koleksi adalah novel, buku masakan, buku motivasi, keagamaan dan komik pun ada. Ada yang saya beli, hadiah dari kawan dan ada yang saya dapat hasil kemenangan dari peraduan yang saya masuk.


Sukanya saya kerana hari Sabtu ini akan bermulanya Pesta Buku Pulau Pinang di Perpustakaan Seberang Jaya. Tahun lepas saya pergi tapi tak banyak yang saya beli. Tahun ini saya lebih bersiap sedia dengan senarai buku yang saya mahu. Lagi best sebab ada diskaun yang banyak. Sesiapa yang tinggal berdekatan, jom sertai saya.



Bagi yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam boleh ke Jualan Gudang Karangkraf. Pastinya banyak tawaran menarik. Lebih-lebih lagi novel terbitan Alaf 21 yang memang best-best belaka.


Nasib baik saya jauh. Kalau tidak, harus saya terjah juga.

No comments: