Monday, November 26, 2012

Sata & Keropok Lekor Kuantan, Terbaik!

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur kami ronda-ronda dulu mencari sata sebabnya saya memang teringin nak rasa sata. Lalu dekat Warung Cap Kapal ternampak orang tengah bakar sata. Apa lagi singgah. 




Ini dia sata. Satu cucuk tu ada 10 ketul, RM4.00. Sata dibuat dari isi ikan yang bungkus dengan daun pisang.



Sempat juga beli keropok lekor goreng untuk anak-anak. Bestnya bila order baru akan digoreng. Boleh makan panas-panas.


Lepas beli, kami makan sata dan keropok lekor dalam kereta. Bila dah rasa sata, memang diakui sedap. Saya beli 10 ketul saja takut tak kena dengan selera tekak. Huzein kata, takpe nanti kita singgah beli lagi.

Kami masuk ke Kuala Terengganu untuk misi membeli keropok.


Kami ke kedai Keropok Cap Tenggiri.


Misi makan sata di kedai Keropok Cap Tenggiri.


Tak lupa juga order keropok lekor. Boleh  makan puas-puas.


Di sebelah meja kami makan, tengok akak dan adik ni tengah gigih membungkus keropok.


Selesai makan saya ke depan kedai tengok makcik-makcik manis ni buat keropok lekor.



Di sini selain menjual keropok dan keropok lekor, ada pelbagai produk berasaskan hasil laut lain juga dijual. Kami memborong keropok lekor dan keropok untuk dibawa pulang.


Masa tengah tengok akak ni bungkus keropok lekor, saya ternampak telur penyu.


Close up sikit. Macam bola ping-pong pun ada. Sembang dengan akak yang tengah bungkus keropok lekor, dia kata dia sendiri pun tak lalu nak makan telur penyu.


Sebelum masuk kereta, sempat lagi ambil gambar deretan sata yang tengah di bakar. Geram, rasa macam nak makan lagi padahal perut dah penuh. Tapi, memang saya bungkus sata untuk dimakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Rupa-rupanya kedai ini juga menjual otak-otak. Adik-adik ni baru start nak bakar otak-otak.


Destinasi terakhir sebelum ke Kuala Lumpur. Kami berhenti di deretan kedai menjual keropok dan hasil laut.


Huzein turun ke kedai Keropok Iman untuk membeli keropok kering dan sos pencicah lagi. Saja nak merasa keropok di sini sebab adik di kaunter depan Suria Cherating Resort mencadangkan kami beli keropok di sini.


Selepas selesai semuanya, kami meneruskan destinasi percutian ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur banyak lagi aktiviti menarik menanti, terutamanya untuk anak-anak.

No comments: