Monday, November 26, 2012

Suria Cherating Beach Resort

Lepas check out dari The Zenith Hotel, kami check in di Suria Cherating Beach Resort pula. Penginapan di sini adalah hasil kemenangan di facebook Suria Resort & Hotels Malaysia. 


Tengok banner jalan masuk ke hotel, penginapan RM150.00++ sempena promosi cuti sekolah.




Lepas check in dan berehat sebentar di bilik, kami berjalan kaki ke pantai.


Cantik juga permandangan di sini.




Anak-anak tengok pasir mulalah nak main pasir.


Tapi saya tak benarkan mereka main sebabnya perut saya sudah lapar. Ajak anak-anak balik ke bilik, mandi dan bersiap-siap untuk keluar makan malam di luar.

Esok paginya baru kami ke pantai semula untuk mandi-manda dan main pasir. Mainlah puas-puas!





Jemu main di pantai, ajak mandi kolam pula. Main air sampai kecut kulit.



Habis sesi mandi-manda semua balik ke bilik dan bersiap-siap untuk check out. Selepas ini destinasi kami seterusnya adalah Kuala Lumpur.

Sementara saya berurusan di kaunter untuk check out, anak-anak sempat bermain ping-pong. Main ke? Lebih kutip bola dari pukul bola.


Hana Alesya main kereta abang-abangnya. Dia memang tak suka Barbie. Lebih berminat dengan Ultraman.


Sebelum keluar dari Suria Cherating Beach Resort kami bergambar di depan hotel. Over betul aksi saya!



Bye-bye Kuantan. Kami nak ke Kuala Lumpur pula. Sebelum tu jom pergi cari Sata dan Keropok Lekor dulu.

No comments: