Friday, November 23, 2012

The Zenith Hotel Kuantan

Rasa berbaloi sangat menginap di The Zenith Hotel Kuantan sebab biliknya sangat selesa untuk kami sekeluarga. 

Pagi itu kami bersarapan di sana. Pilihan makanan pun sangat banyak. Barulah puas sikit makan. 


Ops, sebelum makan baca doa dulu ye.


Wajah-wajah riang anak-anak dapat bercuti jauh.




Kuih, roti canai pun ada juga.


Nasi dagang.


Mee kuah.


Saya makan salad dan buah-buahan. Konon-konon diet. Boleh percaya ke ni?


Lepas sarapan kami naik berehat dan mengemas apa yang patut. Sebabnya kami nak berpindah hotel. Hanya semalam kami di sini.

Sebelum check out kami bergambar di sekeliling hotel. Seperti biasa memang susah nak ambil gambar dengan anak-anak. Gaya Gangnam Style pun ada juga.




Sibuk betul nak buat gaya Gangnam Style.


Masa ni Hadif sudah merajuk sebab saya tak benarkan di ambil gambar. Hana Alesya berpura-pura tidur. Penat saya tersengeh.


Ini kawasan kolam renang. Kolam renang di kawasan atas bumbung terbuka. Dari sini dapat lihat permandangan bandar Kuantan.


Anak-anak yang banyak ragam.


Abah, ibu dan Hana Alesya. Haziq yang ambil gambar ini.


Dah Haziq dapat peluang ambil gambar lagilah Hadif mengamuk nak ambil gambar juga. Bagilah peluang dia ambil gambar. Gambar saya yang terlebih gembira ini Hadif yang ambil :D


Kemudian sibuk nak main pool pula. Layankan saja asal anak-anak gembira.



Gaya mesti lebih, padahal main pun tak pandai.


Nak tergelak tengok gelagat Hadif.


Selesai main pool kami berjalan-jalan di bandar Kuantan dan selepas itu terus check in di Suria Cherating Resort.

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wowwww menang contest ye.. samalah kalau tak menang contest ila pun jarang nak ke mana2.. hihi

Aishah Megahasz said...

Ila: Itulah..kalau pergi sendiri malas nak jalan jauh2.