Monday, November 26, 2012

Warung Awang Ikan Bakar Kuantan

Kami makan malam pada hari kedua di Cherating di Warung Awang Ikan Bakar. Malas nak google kedai makan yang sedap saya tanyakan pada cik adik manis di kaunter depan Suria Cherating Resort. Dia cadangkan supaya kami ke Warung Awang Ikan Bakar.



Sementara tunggu makanan sampai, inilah gelagat anak-anak. Macam-macam gaya. Nasib baik kami keluar awal, lepas Maghrib terus ke sini. Kalau lambat sikit mesti ramai orang dan terpaksa tunggu lama untuk makanan sampai.



Itu dia makanan sudah sampai. Sotong goreng tepung menu wajib. Sedap! Kailan ikan masin dan telur dadar pun ada.


Ikan bakar di sini pun sedap. Rasa air asam lebih kurang air asam di kedai Ikan Bakar Ismail di Pulau Pinang.




Hadif memang suka sotong goreng tepung.



Makan dengan penuh berselera. Alhamdulillah, habis semuanya. Harga untuk semuanya termasuk air lebih kurang RM70.00. Siap bungkus air lagi bawa balik ke  hotel.

No comments: