Friday, November 9, 2012

Whoweee... Menang Ergo!

Bagi seorang yang obses dengan babywearing macam saya menang Ergo adalah sangat menggembirakan. Bagi orang lain saya tak tahulah. Seronok bukan main lagi, tapi baby untuk dikendong tak ada. Hana Alesya jangan haraplah.

Saya menyertai babywearing photo contest di facebook Bloom & Grow Ltd. Alhamdulillah, saya antara 5 pemenang bertuah yang dapat Ergo. Ergo ni pun boleh tahan juga harganya. Maklumlah SSC memang agak mahal.



Balik kerja tengok ada satu bungkusan atas meja di rumah. Dihantar jauh dari Hong Kong.


Bila buka kotak baru teringat yang saya menang Ergo ini. Cantik, warna hitam dan bersulamkan gambar dragon.


Inilah gambar yang saya hantar untuk contest tersebut. Nampak happykan saya dan Hana Alesya.


Ok, saya ciwi. Bila saya beritahu Huzein saya menang baby carrier. Terus dia kata "Ok, jom baby baru!". Wah..wah..wah..kamu!

5 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

best kalau ada baby kecik lagi besttttttttt

Maria Rajab said...

waah ergo lg..tahniah kak aishah

Aishah Megahasz said...

Ila: Tak ada baby jadi boleh belek-belek sajala :D

Maria: TQ

fuza said...

tak mau jual ke??hehehe.

Aishah Megahasz said...

Fuza: Still thinking about it :). Terikir nak jual, tapi macam sayang pun ada. Kalau jadi nanti saya iklankan di sini.