Thursday, December 20, 2012

8 Tahun Mencipta Bahagia

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke-8 kami bersama di alam rumahtangga. Rasa macam sekejap saja, tiba-tiba dah ada 3 orang anak.

Gambar sebelah kiri, masa baru berkahwin. Sebelah kanan gambar sekarang. Ada banyak beza tak?


Jadi sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-8 kami keluar dating bersama. Kononnya nak pergi tengok wayang dan makan-makan. Akhirnya tak jadi tengok wayang sebab keluar rumah lewat. Nak makan di Evergreen Laurel Hotel, malangnya hotel tak buat buffet untuk lunch pada hari itu. Kalau nak akan kena order. Terus batalkan hasrat dan pergi makan di Chili's di Gurney Plaza.

Ya, itu kami sedang dating berdua.


Ya, kami berdua dating di Chili's.


Ini pertama kali kami makan di Chili's.


Dimulakan dengan ayam goreng ini. Rasanya biasa-biasa saja.


Steak buat saya. Tajuk steak New York kalau tak silap. Komen Huzein, tak boleh lawan dengan steak Tony Roma's. Tony Roma's steak terbaik.


Ini Huzein punya. Pun rasanya boleh tahan sajalah. Fries tak berapa fresh, kecut. Jagung pun sama.


Kesimpulan, lunch hari tu tak berapa best. Tapi makan habis licin sebab lapar sangat.

Walaubagaimanapun, dapat menghabiskan masa separuh hari bersama Huzein sudah cukup berbaloi. Bukan buat apa pun, cuma bersembang-sembang kosong. Kadang-kadang bila ada anak bersama tak dapat tumpu perhatian lebih pada suami, kena layan anak.

Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan ke-8? Saya dah cakap sendiri pada tuan badan. Harapnya dia happy dengan saya. Doakan kami.

4 comments:

eynda said...

Ada nampak beza... nampak sekarang wajah masing2 semakin bahagia ;-)

Mama Zharfan said...

happy anniversary :) :) me pun 8 thn gak tp bln july ari tu ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah :)

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua :D