Tuesday, December 4, 2012

Buku Latihan Untuk Anak

Jadi ibubapa zaman sekarang tak sama macam dulu-dulu. Saya ingat dulu masa sekolah, mak dan abah memang tak mengajar saya di rumah. Hanya tanya sudah siapkan kerja sekolah atau belum. Tapi sekarang, selain belajar di sekolah, anak-anak kena buat latihan lebih dan ibubapalah yang kena mengajar kalau tidak berkemampuan hantar tuisyen. 

Jadi saya nak kongsi buku latihan yang biasa saya beli untuk Haziq buat di rumah. Bukunya sebesar buku latihan biasa yang budak-budak pakai di sekolah. Kulitnya pun sama warna coklat.

Buku ini terdapat dalam pelbagai matapelajaran. Biasanya saya beli di Popular ataupun MPH. Tapi buku-buku di bawah ini saya borong semasa Pesta Buku Pulau Pinang. Beli banyak sebab ada diskaun. 


Inilah contoh buku latihan tersebut. Saya suka guna buku latihan macam ni sebab harganya murah dan lagi satu Haziq boleh terus buat latihan di dalam buku ini. Lepas habis pakai, kalau nak buang atau jual dekat suratkhabar lama pun tak rasa rugi sebab harganya murah.




Pilih buku bawah silibus KSSR sebab Haziq sekarang belajar dalam KSSR.


Harga buku berbeza mengikut syarikat terbitan. Biasanya harga buku-buku ini dalam RM3.00 lebih sahaja.




Ini contoh isi kandungan dalam buku. Ada juga sesetengah buku memberikan jawapan di mukasurat terakhir. Jadi, sebelum anak-anak mula membuat latihan di dalam buku-buku ini, jangan lupa koyak dan simpankan mukasurat yang mengandungi jawapan. Kalau tidak, habislah dia tiru.

Contoh latihan Bahasa Inggeris.


Contoh latihan Dunia Sains & Teknologi.


Contoh latihan Pendidikan Islam.


Buku-buku latihan macam ni memang ada untuk semua matapelajaran yang Haziq ambil di sekolah. Cuma untuk matapelajaran Bahasa Arab terhad sedikit. Memang susah sikit nak cari.

Ok, selamat mengajar anak-anak!

1 comment:

Arjuna Silvera said...

banyak beli belah..... bagus lah beli buku bebanyak