Wednesday, December 19, 2012

Hadiah!

Rasa macam lama saja tak update hadiah. Alahai, dapat pun hadiah kecil-kecilan sahaja.

Novel Untuk Tiga Hari daripada Popular Bookstore. Memandangkan sekarang ini tengah gila membaca novel, jadi dapat hadiah novel sangatlah seronok. 


Voucher RM10.00 Old Town White Coffee dari Peraduan Variarasa Sunquick. Ini merupakan kali kedua saya menang voucher ini. Lepas ni macam dah malas nak masuk sebab T&C nak guna voucher ini macam-macam sangat.


Buku masakan Florence Tan dari Facebook Food. Macamlah gigih sangat nak memasak.


Apron Baba's dari Facebook Baba's. Saya dapat 4 apron ini atas nama saya, Huzein, mak mertua dan adik ipar. 


Menang produk Sunsweet dari Facebook Sunsweet. Walaupun satu peket sahaja tapi seronok juga sebab percuma. Rasa pun sedap!



Shawl dan pin shawl dari Kittyshawl. Ini saya menang dari peraduan dalam Majalah Wanita. Shawl comel warna pin bercorak reben. Macam tak sesuai sangat dengan usia senja saya :D


Pin shawl pun comel sangat, aduh memang tak sesuai rasanya dengan saya.


Voucher RM100 dari Peraduan di website Wacoal. Best ni, boleh beli produk Wacoal yang boleh tahan juga harganya.


Itu sajalah hadiah yang saya dapat. Tahun depan kena lebih cergas lagi. Hujung tahun ni saya macam tak berapa aktif sangat masuk peraduan, mungkin sebab sibuk uruskan hal sekolah anak-anak dan kerja. Insyallah, tahun depan ada rezeki yang lebih banyak untuk saya. Doakan saya ok!