Monday, December 17, 2012

Kenduri Aqiqah & Naik Buaian Baby Umar

Peristiwa minggu lepas, kenduri aqiqah dan naik buaian Muhammad Umar Alrazin. Kalau sebelah Huzein, ini merupakan anak saudara kami yang ketiga. 

Comel tak buaian? Bersungguh-sungguh hiaskan buaian ini bersama adik ipar dan biras saya. Kemudian buat goodie bag untuk tetamu. Seronok pula sebab dah lama tak buat kenduri. 



Kumpulan marhaban ini memang terbaik, 1 jam tak berhenti.


Saya, Haziq, Hana Alesya dan Iman mengaminkan doa.


Haziq mengambil alih tugas membuai baby Umar. Ada ciri-ciri bapa mithali ni.



Acara cukur jambul. Tak cukur pun, gunting sikit saja rambut baby ambil syarat.


Opah.


Atok.


Ini orang kuat ni, hahahahaa....


Anak siapalah yang rajin sangat ni?


Selepas selesai acara cukur jambul, giliran ahli masjid membaca doa.


Haziq yang rajin mengumpul buah rambutan untuk diberi kepada tetamu.


Projek mengumpul rambutan bersama dengan Iman.


Ini antara tetamu yang hadir. Gembira menjamu selera sambil bersembang. Maklumlah ada yang jarang berjumpa.


Oh, budak rajin sudah lapar. Pandai layan diri.


Seronok kenduri, walaupun penat dan letih.

No comments: