Thursday, December 13, 2012

Ladang Ostrich, Perlis

Musim cuti sekolah biasanya adalah musim kenduri kahwin. Saya menghadiri kenduri kahwin kawan Huzein di Perlis. 


Kami keluar awal pagi sebab mahu ke Wang Kelian. Tapi anak-anak minta singgah di Ladang Ostrich. Jangan tak percaya, Perlis ada ladang Ostrich.


Sedikit info mengenai Ostrich/Burung Unta.


Ini kadang tempat tinggal si Burung Unta. Nama saja ladang, tapi ada 3 ekor saja Burung Unta dekat sini.


Ada pondok kecil juga disediakan di depan kandang.


Kalau nak beri Burung Unta makan boleh beli daun ini dengan harga RM1.00 sahaja. Kalau tak silap saya daun ini adalah daun petai belalang.


Itu dia En. Huzein dengan gagahnya memberi Burung Unta makan. Hadif duduk jauh-jauh sebab cuak, takut la tu!


Giliran saya pula beri Burung Unta makan. Berebut-rebut makan macam sudah 3 hari tak makan. Kesian dia.




Makan sampai licin.


Hadif dan Hana Alesya duduk dalam pondok. Takut nak dekat.


Bila dah letih pegang daun, kami letak saja di besi kandang. Makanlah kamu sepuas-puasnya.


Hana Alesya senyum macam tak iklas bergambar dengan Burung Unta. Takut punya pasal. Hadif lansung tak mau bergambar.


Bye-bye Burung Unta comel. Jumpa lagi!


No comments: