Tuesday, December 4, 2012

Memborong Di Pesta Buku

Dengan sepenuh perasaan saya pergi memborong buku di Pesta Buku Pulau Pinang yang diadakan di Perpustakaan Negeri Seberang Jaya. Saya pergi petang dan masa tu tak ramai sanga orang. Tengoklah berapa banyak saya borong. Pesta buku ini dianjurkan oleh Syarikat Adam. 


Kebanyakkan buku diberi diskaun 20%. Ada juga 25%. Ada buku yang ditawarkan dengan harga hanya RM1.00. Memang rambang mata dibuatnya.


Ini buku-buku yang saya borong.


Memandangkan sekarang tengah gila baca novel jadi saya beli 3 buah novel. Tiap satu diskaun 20%.


Selain novel, saya beli juga buku motivasi dan keagamaan.


Ini pilihan Huzein.


Saya beli komik dan buku cerita untuk Haziq dan usaha menyemai minat membaca dalam diri dia.


Ini adalah lambakan buku kerja untuk Haziq dan Hadif. Harapnya tahun depan mereka lebih rajin belajar.


Total semuanya dalam RM200.00 lebih. Itu termasuk buku yang kawan-kawan saya pesan. Tapi bagi saya berbaloi menghabiskan duit dengan membeli buku. Membacakan jambatan ilmu.

2 comments:

cik buku said...

wah!!! bestnyer ;)

Maria Rajab said...

la..rugi terlupa pasal pesta ni..huhu