Wednesday, December 19, 2012

Menikmati Meatball Ikea Di Rumah

Meatball Ikea, salah satu kegemaran saya. Kalau pergi KL, mesti nak singgah di Ikea makan meatball. Tapi nak makan, punyalah hazab nak beratur dan berebut meja. Ramai sangat orang.


Jangan risau, anda kini boleh menikmati meatball Ikea di rumah! Ada jual di Ikea, bawa balik ke rumah dan masak saja. 

Ini adalah meatballnya.


Jangan risau sebab memang halal.


Meatball ini saya masak dengan cara kukus. Keluarkan dari peti ais dan terus kukus.


Ini serbuk untuk kuah. Masak kuah pun senang. Cuma tambah air dan susu. Biasanya saya guna susu Dutch Lady kotak.


Jem ini pun ada dijual.


Kalau nak murah, boleh beli ketiga-tiga produk ini (meatball, kuah dan jem) yang dijual secara pakej.

Nak nampak lagi macam hidangan meatball di Ikea, boleh masak sekali kentang goreng sebagai tambahan. Saya suka kentang goreng jenama Simplot sebab tebal dan bila goreng kentangnya tidak mengecut. Lebih puas makan. 


Kentang goreng saya masak menggunakan airfryer. Keluarkan kentang dari peti ais. Masukkan dalam airfryer. Letak minyak sedikit (dalam 1 sudu) dan goyangkan airfryer, supaya minyak kena pada ke semua kentang. Dah boleh goreng. Dalam 18 minit, kentang goreng pun siap. Mudah bukan?


Tadaaaa.... inilah hasilnya. Nampak macam hidangan di Ikea? Tapi pinggan hidang je tak berapa cantik. Pinggan cantik semua ada di rumah Kulim. Carrot pun saya kukus, selepas selesai mengukus meatball. Nak lagi best, boleh kukus brokoli dan masukkan dalam hidangan.


Dimasak dengan penuh kasih sayang. Selamat mencuba!

4 comments:

Rya Amani said...

bape total harga sume2 tu kak?

Aishah Megahasz said...

Rya: Meatball + kuah (tak ingat berapa peket dia bagi) + jem = RM47++ (Harga sebenar tak ingat..tapi RM47 lebih la....)

Sheikh Papa-NtiQ said...

hi aisyah....bagus jugak kan ada frozen meatballs original tapi sauce tu rasa nye buat sendiri fresh lagi umphh sebab yg dalam paket ada emulsifier yg bolih bawak kesan kat rasa nye
cakap pasal meatballs IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com

Senang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung,gerai,foodcourt, hotel buffets dan lain2....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.

Aisyah Jangan lupa ye follow blog saya kalu sudi...TQ TQ

Aishah Megahasz said...

Sheikh Papa-NtiQ: Alamak..saya pandai masak yang segera2 je...hahaha