Friday, December 14, 2012

Shopping Basikal Di Wang Kelian

Lepas keluar dari Ladang Ostrich, kami terus bertolak ke Wang Kelain. Tujuan asal kami ke Wang Kelian adalah untuk membeli basikal untuk Haziq. Beli sebagai hadiah sebab rajin belajar. Harga basikal di sini memang murah. Memandangkan kebetulan ada kenduri di Perlis, jadi singgah di sini dulu untuk beli basikal.



Itu dia kedai basikalnya.


Budak-budak kalau masuk kedai ni memang teruja. Bukan setakat basikal, skuter dan kereta yang pakai bateri, mainan, semua pun ada.



Hana Alesya cukup berkenan dengan basikal pink bercorak strawberi ini.


Akhirnya inilah basikal yang kami pilih untuk Haziq. Harapnya dia suka. Dia tak ikut kami ke Perlis sebab tinggal bersama Opah dan Atuk di Ipoh.


Beli juga topi keselamatan untuk anak-anak. Untuk Hana Alesya haruslah warna pink.


Selesai membeli barang-barang di kedai basikal, kami ronda-ronda sekitar Wang Kelian. Kunjungan kali ini  kami tidak masuk ke Thailand. Hanya jalan-jalan di sempadan sebelah Malaysia sahaja.


Kalau masuk ke Thailand mesti banyak lagi duit yang lebur sebab lagi banyak barang. Itupun kami tak lama sangat di sini sebab perlu bergegas ke rumah kenduri.

No comments: