Tuesday, January 31, 2012

Ronda-Ronda di Penang

Nama je tinggal di Pulau Pinang tapi nak ke sebelah pulau sana memang jarang sekali. Rasa macam jauh saja nak ke seberang.

Memandangkan masa tu masih lagi dalam cuti Tahun Baru Cina, harapnya jalan tidak sesak. Budak-budak ni kalau dibawa berjalan memanglah seronok!


Hana Alesya, separuh jalan sudah tertidur.


Hampir ke tengah Jambatan Pulau Pinang, kereta mulai perlahan.


Rupa-rupanya ada kemalangan. Nasib baik jamnya sekejap saja.



Hajat di hati nak bawa anak-anak ke Bukit Bendera. Ingatkan time cuti Raya Cina ni tak ramai orang, tapi punyalah ramai sampai entah berapa panjang punya barisan.



Terus tak jadi nak naik ke Bukit Bendera. Kesian dengan anak-anak yang beria-ria nak naik train.


Muka sorang-sorang yang frust menonggeng.


Memandangkan waktu solat Jumaat pun dah hampir masuk, kami ke masjid berhampiran. Lepas solat, kami ke Gurney Plaza. Nak cari parking punyalah hazab. Nasib baik dapat, tapi terpaksa berjalan jauh untuk ke Gurney Plaza.



Sampai je Gurney Plaza terus cari makan. Time lapar macam ni tengok apa pun rasa sedap. Terus masuk Nando's dan penuhkan perut.


Memandangkan dah malas ke tempat lain, jadi kami habiskan masa di Gurney Plaza saja. Huzein ajak ke MPH untuk beli buku guna voucher buku 1Malaysia yang dia dapat.




Huzein beli buku dia saja 2 buah dah hampir RM200. Yang tak berapa bestnya, ada orang datang tanya dekat kaunter boleh tak guna voucher buku 1Malaysia tu beli majalah. Macam tak berbaloi je beli majalah.

Ini untuk saya, buku Kegilaan Di Dalam Pesawat! oleh Yvonne Lee. Maklumlah skit hari lagi nak naik kapalterbang....hahahahaha. Buku ni best sebab menceritakan pengalaman sebenar Yvonne yang bekerja sebagai pramugari. Bahasa sedikit tunggang terbalik sebab buku ini adalah terjemahan. Versi asal dalam Bahasa Inggeris. Harga RM29.90 dibayar sendiri bukan menumpang voucher Huzein.


Habis beli buku terus balik. Letih dan tak sabar nak baca buku baru!

Monday, January 30, 2012

Akibat Tidak Mendengar Cakap Ibu

Kalau yang dah lama baca blog saya mesti pernah terbaca post bertajuk Akibat Tidak Mendengar Cakap Ibu versi Hadif Syahmi.

Kali ni versi Hana Alesya pula.

Saya berusaha tidurkan semua anak-anak tapi tak berjaya. Maybe sebab cuaca panas sangat. Hadif pun tertidur sekejap saja. Lepas tu bangun dan turun ke tingkat bawah untuk join Haziq dan Hana Alesya tengok TV. Saya di tingkat atas lipat kain baju.

Bila Haziq dan Hadif naik ke tingkat atas untuk main game, saya tanya mana Hana Alesya? Hadif kata dia tidur. Saya terus turun ke tingkat bawah tengok budak kecik ni.......



Bagus punya tidur. Dengan tak pakai baju dan seluar tinggal diapers saja. Cuaca panas, dia tanggalkan sendiri baju dan seluar. Alahai anak ibu.....

Restoran Al-Araby, Tesco Extra Seberang Jaya

Kami sekeluarga singgah untuk makan malam di restoran ini kebetulan sebab nak pergi barang rumah di Tesco Extra Seberang Jaya.


Kalau tak silap, dulunya restoran ini adalah restoran Rasa Mas. Anak-anak sibuk nak makan KFC tapi tekak ni dah malas nak layan makanan-makanan macam tu. Pujuk juga anak-anak masuk ke sini.

Ramai juga orang dalam restoran masa kami datang. Kebanyakkan datang makan bersama keluarga.



Peace dari Hana Alesya. Jom kita order.


Kebanyakkan menu dah habis. Kami datang pun dah lewat, jam 9.00 malam lebih dah pun.


Untuk makanan kami order Chicken Mandy 2 set. Chicken Mandy ini adalah Nasi Arab dengan ayam. Kalau nak daging pun boleh juga. Kami order 2 set saja sebab biasanya nasi di kedai makanan Arab banyak. Boleh share dengan anak-anak.


Minuman kami order air Oren dan Barbican iaitu air dalam botol. Airnya bergas tapi taklah sekuat Coke.

Sambil-sambil tunggu order sampai boleh baca majalah dekat sini. Kebanyakkan majalah Bahasa Arab. Tak paham, boleh tengok gambar sajalah.


Inilah rupa Chicken Mandynya. Nasi bersama lauk ayam, acar dan kuah dal. Nasi dah tinggal separuh sebab saya dah letak separuh lagi dalam pinggan Haziq.


Makanlah anak-anak dengan penuh berselera sekali.



Sambil makan, pelanggan dihiburkan dengan irama padang pasir. Hana Alesya siap bangun dari baby chair dan menari ikut irama. Malu punya pasal lupa nak ambil gambar.

Habis makan baru boleh minum air. Inilah rupanya air Barbican tu. Rasa lebih kurang air F&N je.



Hana Alesya share dengan saya air oren. Dia kata air gas pedas.


Total semua RM44.80 termasuk service charge dan tax.

Wednesday, January 18, 2012

Gosok Jangan Tak Gosok

Masa saya kecil dulu, saya ingat lagi basuh kasut sekolah adalah tanggungjawab sendiri. Baju sekolah, maklah yang basuh. Tapi kasut sekolah memang dah menjadi tugas saya.

Bila Haziq dah masuk darjah 1, tugas membasuh kasut saya minta dia buat.




Tengok, nampak gigih sangat cuci kasut. Maklumlah benda baru, tengah seronok nak buat. Jangan lepas ni malas-malas sudah la.

Bagi sesetengah orang, perkara ni nampak kecil saja. Tapi, bagi saya perkara-perkara kecil macam nilah yang boleh kita ajar, menjadi asas supaya anak lebih bertanggungjawab dan sayangkan barang-barang sendiri.



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Gosok jangan tak gosok Haziq.

Dalam hati ni bercita-cita nak ajar Haziq gosok baju sekolah sendiri pula. Tapi kena tunggu dia besar skit. Penatlah ibu menggosok baju hari-hari.

Friday, January 13, 2012

Menang Send Us Light Facebook Contest

Peraduan ini diadakan melalui facebook Fashion Urges Boutique. Peserta perlu hantar gambar yang bertemakan 'light' dan pemenang dikira berdasarkan jumlah 'like' terbanyak.

Ini gambar yang saya hantar. Gambar semasa celebrate birthday Haziq.


Keputusan peraduan boleh lihat DI SINI. Walaupun tak menang Grand Prize, dapat First Prize pun dah cukup bagus. Sebagai tambahan saya juga dapat goodie bag dari Fashion Urges Boutique yang diberi kepada semua peserta. Terima kasih pada yang sudi 'like' gambar Haziq Fahmi ni.

Jadi, inilah hadiah yang saya dapat.


Hadiah dari goodie bag adalah aksesori dan mouse pad. Untuk voucher saya telah redeem sehelai dress yang agak seksi. Buat pakai di rumah saja.


Boleh feeling-feeling comel macam awek Korea kat dalam rumah.

Haziq Fahmi: Hari Pertama di Sekolah

Tengoklah muka orang ceria nak ke sekolah.


Sempat bergambar dengan Hana Alesya. Masa ni Hadif dah tak ada sebab awal pagi lagi dia dah ke tadika. Haziq bersekolah sesi petang.


Haziq ditempatkan di kelas kuning. Pembahagian kelas belum lagi dibuat. Ini senarai nama budak-budak di kelas kuning.


Rasanya ibu bapa yang lebih teruja bila anak-anak masuk Tahun 1. Rama-ramai berkumpul depan kelas nak tengok anak masing-masing.


Haziq di dalam kelas. Kira di sini semua kawan-kawan baru sebab semuanya dia tak kenal. Lainlah kalau bersekolah di Kulim.



Cikgu kelas Haziq (yang pakai tudung pink tu) pun sibuk sebab ramai ibubapa yang jumpa dia bertanyakan itu ini.


Sementara tunggu giliran nak bercakap dengan cikgu, sempat juga saya ambil gambar Haziq yang sibuk bercerita dengan Huzein.


Selesai urusan dengan cikgu saya, Huzein dan Hana Alesya keluar dari kelas. Tengok Haziq join budak depan melangut. Mungkin bosan sebab tak ada apa nak buat. Cikgu pun sibuk dengan ibubapa.


Kami ke kantin sekolah sekejap untuk minum. Hana Alesya sibuk nak minum sendiri air. Tak bagi saya pegang dan tak mau kongsi pulak tu.


Lepas minum, kami naik ke atas mengintai apa Haziq tengah buat.



Rupanya dia tengah sibuk buat kerja yang cikgu bagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami tinggalkan Haziq di sekolah dan balik ke rumah.