Friday, April 27, 2012

Hadiah Dari Hati

Dalam entry Melaka yang lepas saya akan beritahu yang saya akan buat sedikit giveaway. Rasa macam dah lama sangat tak buat giveaway.

Ok, kali ni saya nak beri fridge magnet yang comel ini, berbentuk baju kebaya. Saya beli ini di Melaka.


Satu lagi hadiah saya belum beli lagi. Insyallah saya akan ke Phuket esok (28 April 2012), kemenangan dari peraduan Ambi Purr. Hadiahnya akan saya beli di sana. Saya akan cari yang comel-comel juga. Kiranya ada 2 hadiah. Hadiah dari Phuket saya akan upload bila balik dari sana nanti.

Kalau nak turut serta dalam giveaway ni, ada syarat mudah yang perlu diikuti:-
1) Anda mestilah follower blog saya.
2) Tinggalkan komen "Saya nak menang!" di entry ini.
3) Jangan lupa tinggalkan alamat emel, mana tahu menang senang nanti saya hubungi.
4) Giveaway berakhir pada 4 Mei 2012 (Jumaat) pada jam 12.00tengahari.
5) 2 orang pemenang akan dipilih melalui cabutan.

Itu saja. Mudahkan. Selamat mencuba!

Thursday, April 26, 2012

Menang Penginapan Di Swiss Garden Dari Tomei

Contets ini adalah anjuran Tomei melalui Facebook. Masih lagi berlansung sehingga 14 Mei 2012. Kalau berminat nak hantar penyertaan, masih boleh lagi. Tetapi untuk 50 Penyertaan awal akan mendapat penginapan 3 hari 2 malam di hotel atau resort Swiss-Garden International Vacation Club.


Ini gambar mak yang saya hantar. Slogan main hentam saja, maklumlah tak pandai sangat. Saya merupakan peserta yang ke 35. Hadiah utama akan dinilai melalui gambar dan slogan yang menarik. Ada juga gambar 'like' terbanyak mewakili pilihan orang ramai.

Kalau rajin, sudi-sudikanlah 'like' gambar mak saya DI SINI. Terima kasih.

Bilik Belajar

Saja nak share bilik belajar. Maklumlah baru kemas. Haruslah semuanya nampak tersusun, teratur lagi bersih. Ini antara buku-buku yang ada di rumah. Kebanyakkan buku Huzein, Haziq, Hadif dan Hana Alesya. Buku-buku saya sudah saya bawa ke pejabat, buat mini library.


Antara koleksi buku Huzein. Ini kira baru 1/4 ni. Banyak lagi yang ada di rumah Kulim. Kami sekeluarga memang gila beli buku.

Dalam bilik belajar ni memang ada meja dan kerusi khas untuk anak-anak. Beli di Ikea, lama dulu.

Tapi anak-anak lebih suka lepak di bawah. Sambil buat kerja, sambil menyepah.


Ini meja Huzein. Harus ada satu supaya lebih rajin belajar. Kosong sebab laptop dia bawa ke Perlis.

Ini jadual belajar Haziq. Haziq ni memang ikut peraturan. Huzein buatkan dia jadual ni, dia ikut hari-hari. Kalau saya malas mengajar pun dia akan buat latihan sendiri ikut jadual yang diberi. Bagus anak Ibu!

Di dinding sebelah kiri bilik saya lekatkan hasil seni anak-anak yang mereka buat di sekolah. Kebanyakkannya adalah Hadif punya.






Ini Haziq yang buat. My Family tajuknya.

Bersungguh-sungguh mewarna Hadif ni. Sampai tertonggeng.

Rajin-rajinlah belajar anak. Insyallah, boleh pandai. Orang susah pun boleh berjaya kalau pandai. 

Wednesday, April 25, 2012

Menang Voucher RM50 Dan Keahlian Setahun Dari Popular

Hadiah voucher RM50.00 berserta kad keahlian Popular ni saya dapat dari contest Pilihan Popular. Contest ni senang je, kita buat pilihan senarai buku yang popular. Borang kalau tak silap saya ambil dari suratkhabar Berita Harian.

Sepatutnya dalam bulan Februari dah dapat hadiahnya, tapi terlambat sebab ada masalah sikit. Kena telefon pihak Popular banyak kali jugalah untuk dapatkan hadiah ni. Akhirnya mereka minta saya ambil di cawangan Popular di Jusco Bandar Perda.

Voucher RM50.00 tak sempat nak ambil gambar. Dapat saja, terus shopping buku dekat situ. Ini kad yang saya dapat. Expired bulan 3 tahun depan.



Kalau masuk kedai buku, macam nilah. Buat macam rumah sendiri. Lepak sambil baca-baca buku dan belek-belek apa yang berkenan.


Semua orang diminta pilih buku sendiri yang mana nak. Memandangkan harga buku sekarang memanglah mahal, jadi RM50.00 memang tak cukup. Memang kena tambah lagi duit. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya dapatlah jimat RM50.00.

Terima kasih Popular. Dan juga Jenny yang sabar melayan panggilan saya.

Retro

Anak dara ni kalau bab-bab bergaya bukan main lagi. Posing tak boleh tahan, siap lentikkan kaki tu.




Baju di beli di Wang Kelian RM10 je, cermin mata retro di taja oleh Mydin RM2.90 dan kasut pinjam ibu punya, Vinci. Boleh masuk Lookbook tak?

Tuesday, April 24, 2012

My Family

Hasil lukisan Haziq Fahmi yang bertajuk My Family.


Macam lucu je Haziq lukis gambar Ibu. Siap ada pewarna pipi tu. Nasib baik comel.

Monday, April 23, 2012

Menang Jam Tangan Bonia Dari Eh!

Hadiah yang dah lama sampai, tapi tak lupa nak ambil gambar. Memang tak sangka menang sebab bila check nama dalam website Eh! tak ada pun mana. Tiba-tiba dapat panggilan kata menang dan nak confirmkan alamat.


Itupun rasa macam mungkin tersalah orang. Jadi, tunggu sajalah hadiah sampai. Kalau ada, adalah rezeki. Memang gembira sangat bila hadiahnya sampai.


Tengok kotak jam pun dah teruja. Kotak pun sangat cantik dan besar.

Bila tengok jamnya lagilah teruja.


Harganya pula di luar kemampuan saya.

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang tak disangka-sangka ini. Terima kasih Majalah Eh! dan Blu Inc Media.

Tuesday, April 17, 2012

Green Parenting Club

Dijemput semua untuk hadir sama ke program seperti di bawah:-

GREEN PARENTING CLUB

Breastfeeding, Babywearing, Cloth Diapers
Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)
Masa: 3.00 - 5.00 petang
Tempat: No. 8 Lorong Sutera Prima 9, Taman Sutera Prima, Sbrg. Jaya


Penyertaan adalah percuma dan ada hadiah lucky draw juga untuk mereka yang bertuah.


Cadburry: Share The Happiness

Hari Sabtu Haziq terpaksa ganti sekolah untuk Hari Raya Haji. Jadi, hari Ahad baru kami sekeluarga dapat keluar jalan-jalan. Huzein ajak kami semua ke Penang untuk beli barang keperluan dia menunaikan umrah.

Kebetulan Cadburry ada buat event dekat Queensbay Mall dan saya memang teringin nak ke sana. Dari Facebook Cadburry, sesiapa yang berminat nak beri ucapan atas pentas boleh emelkan maklumat diri dan ucapan. Jika terpilih akan menerima hamper daripada Cadburry. Saya cuba hantar e-mel tapi tak ada reply.

Tak sangka masa dalam perjalanan ke Penang dari Bertam, orang Cadburry telefon minta saya ke Queensbay Mall untuk event tersebut. Terus ajak Huzein ke Queensbay Mall dulu. Seronok tapi berdebar-debar bila memikirkan terpaksa beri ucapan atas pentas.

Muka budak-budak seronok keluar berjalan-jalan.


Memang meriah event anjuran Cadburry ni. Orang sangat ramai. Menambahkan lagi debaran saya untuk berucap di atas pentas.

Untuk pembelian RM10, anda akan diberikan satu kad untuk turut serta dalam permainan yang dianjurkan oleh Cadburry. Satu kad ada 3 peluang untuk main. Kalau bertuah boleh dapat macam-macam hadiah.




Ok, ini saya yang terketar-ketar beri ucapan. Ucapan saya hanya 4 kerat sahaja. Orang lain punyalah panjang berjela. Ucapan saya, saya tujukan untuk anak-anak saya.


Habis berucap terus dapat beg penuh dengan coklat Cadburry. Anak-anak punyalah seronok.


Walaupun dah dapat banyak hadiah coklat, saya beli juga coklat untuk bagi anak-anak main permainan di situ. Beli RM10 saja. Nanti banyak sangat coklat di rumah, anak-anak pun makan banyak, tak bagus.

Hadif beria minta nak makan buah-buahan bersalut coklat ni dari start sampai. Akhirnya dapat juga dia merasa.


Inilah beg dari Cadburry.


Penuh berisi coklat. Macam-macam versi ada.


Habis shopping barang-barang Huzein, kami semua ke Ismail Ikan Bakar di Pantai Seagate. Dah lama tak makan ikan dan kerang bakar di situ. Ikan bakar di sini antara yang terbaik saya pernah rasa.



Nyum.... nyum.... air asam ini yang membuatkan ikan bakar di sini bertambah best. Datanglah cuba.


Weekend yang seronok. Anda bagaimana?

Menang Sothys Cream Dari Marie Claire

Contest ni saya masuk dari website Marie Claire. Cuba-cuba saja. Tiba-tiba bila tengok nama keluar sebagai pemenang. Wah, happylah!


Tak lama selepas tu saya dapat e-mail minta saya ambil hadiah.


Ini hadiahnya bila dah sampai. Dalam e-mel dimaklumkan harga krim adalah RM360.00. Mahal betul. Kalau sendiri beli belum tentu saya akan beli. Beg make-up yang diberi sekali adalah sangat comel.


Terima kasih Marie Claire dan Blu Inc Media. Lepas ni ringan-ringan tangan pilih saya sebagai pemenang lagi ok : )


Melaka - Muar - KL - Ipoh

Zoo Melaka merupakan destinasi terakhir kami di Melaka. Kalau nak ikutkan ada banyak lagi tempat yang tak sempat kami pergi sepanjang berada di Melaka. Agaknya kena duduk Melaka seminggu baru habis melawat semua tempat.

Memandangkan Melaka sudah dekat sangat dengan Muar, jadi kami singgah sekejap di Muar. Bila dah sampai ke Muar, terus cari kedai yang menjual rempah nasi beriani dan soto. Ada juga dijual dalam bentuk pes. Pes untuk buat mee bandung pun ada. Pusing saja sekitar pekan Muar, memang boleh jumpa. Borong bawa balik untuk mak-mak di rumah.


Kalau sampai ke Johor harus cuba Nasi Beriani. Nama kedai tak ingat. Cari kedai ni pakai GPS. Lauk-pauk dia ok, sedap. Tapi Nasi Beriani dia biasa-biasa saja. Saya lebih suka nasi beriani mamak Penang. 


Lupalah pula nama telur ni. Sangat popular di Johor. Kalau ada kenduri-kendara di Johor mesti  ada telur ni. Telur ni direbus dengan herba sebab tu kulit dia jadi gelap.


Selesai makan, kami ke Astaka dan Pasar Awam Maharani.


Tujuan datang ke sini nak cari pisang tanduk. Memang banyakla orang jual. Harga pisang tanduk di sini lebih murah.

Selain tu kalau ke sini jangan lupa beli kerepek pisang tanduk. Memang sedap.


Memandangkan Muar sangat terkenal dengan mee bandung, kami beli bungkus bawa balik. Perut kenyang lagi sebab baru lepas makan nasi beriani. Mee bandung ni kami bawa balik ke Ipoh dan simpan dalam peti sejuk. Keesokkan harinya baru panaskan semula dan makan.


Dari Muar kami berpatah balik untuk pulang dan singgah di Ikea. Ikea ni seperti biasa memang ramai sangat orang. Nak makan pun kena beratur panjang.



Beratur panjang pun tak apa. Sangat berbaloi sebab dapat makan meatball yang sangat sedap ini. Ini antara makanan kegemaran saya.


Anak-anak pun suka.



Lepas makan kami masuk ke dalam Ikea sekejap. Anak-anak saya tak reti-reti penat. Buat Ikea macam rumah sendiri pula.


Dari Ikea kami terus balik ke Ipoh, bermalam di rumah mertua saya.

Habislah cerita percutian kami ke Melaka. Penat ke baca? Takpe, nanti saya kasi hadiah (hadiah kecil saja). Nak? Tunggu next-next entry ok.