Tuesday, May 29, 2012

Menang Hadiah Dari Simple Skincare

Hadiah yang tak disangka-sangka menang. Saya cuma suka-suka tinggalkan komen di facebook Simple Skincare dan bila kawan saya Wan tag nama saya untuk ucap tahniah, barulah saya tahu saya menang.
Ini komen saya mengenai lagu berkaitan dengan Ibu. Masa tu saya cuma terfikirkan lagu P. Ramlee yang terkenal sampai sekarang.
Hadiahnya? Saya pun tak pasti. Mungkinkah seperti yang di bawah? Nanti dapat saya update lain ok.
Terima kasih Simple Skincare!

Menang Hadiah Dari Garnier

Ini bukan contest, cuma sedikit penghargaan dari Garnier untuk pengguna produknya. Hantarkan gambar dan 25 penghantar terawal akan dapat 2 deodorant daripada Garnier. Maklumat lanjut boleh tengok di facebook Garnier
Jadi, gigihlah saya mengambil gambar bersama deodorant. Ini gambar yang dipilih sebab ini yang nampak elok skit, yang lain-lain nampak gemuk, terteleng dan pendek kata tak cun lansung. Muka sembab tak cukup tidur.
Hari ni bila tengok dekat facebook Garnier sudah keluar gambarnya. Malu pun ada, maklumlah orang tua tapi nak join sangat aktiviti orang muda. Yang pasti hadiah itu milik saya....hahahahahah.
Saya seorang saja yang hantar gambar dengan deodorant Garnier. Orang tak lain tak pun. Rasanya masih ada peluang lagi kalau nak hantar penyertaan sebab saya tengok baru berapa orang saja yang hantar. Cubalah, mana tau ada rezeki. Good luck!

Model Cilik

Hana Alesya bab melawa dan ambil gambar memang no. 1. Baju dia yang saya buat dengan AnnaRozy Homemade Kids Couture memang dah lama siap. Saya simpan untuk pakai Raya nanti. Malangnya masa saya mengemas, dia ternampak baju ni dan sibuk nak pakai. Terus ambil dan sarung sendiri. Dah alang-alang dia pakai tu saya terus ambil gambar. Wah, bukan main lagi dia bergaya ala-ala model.
Ini lagi satu baju dari AnnaRozy Homemade Kids Couture. Saya memang suka design baju ni. Ditambah dengan corak damask, jadi comel sangat baju ni.
Tengok tu, bukan main lagi gayanya.
Lepas tu request nak bergambar dengan bola.
Last sekali, Hadif tumpang sekaki ambil gambar. Haziq malas nak join sebab sibuk main game dekat komputer.

Sunday, May 27, 2012

Aiskrim Malaysia

Aktiviti di rumah bersama anak-anak. Saja suka-suka buat aiskrim Malaysia. Makcik jiran sebelah ada jual, tak larat nak membeli sebab anak-anak hari-hari minta belikan. RM0.20 sebatang kalau beli.  Jadi, saya beli plastik aiskrim dan buat di rumah. Ada perisa oren dan milo.
Bila dah siap, punyalah sakan angkut makan. Tak cukup satu, makan dua. Tak cukup dua, boleh makan tiga. Maklumlah tak payah bayar.
Ini gambar hari lain pula. (Sebab tu Hadif pakai baju lain).
Bila Haziq tengok banyak, dia suruh saya jual sedikit. Amboi, karang bisnes makcik sebelah lingkup siapa nak jawab.... hehehehhehee

Friday, May 25, 2012

Mari Mengutip Sample

Sample Huggies ni boleh minta di FB Huggies. Cantik pula cover baru Huggies. Tapi saya dah lama tak beli Huggies untuk Hana Alesya sebab harga dia sekarang mahal. Tukar cover terus naik harga.
Lagi satu sample yang boleh diminta adalah Johnson's Baby Cooling Bath. Ini juga dari FB Johnson's Baby.
Selain tu, sebagai mempromosikan rangkaian produk terbaru Johnson's Baby Cooling ni, pihak Johnson's mengadakan satu audition untuk mencari adik-adik yang berbakat menari. Event diadakan seperti di bawah. Juga boleh rujuk FB Johnson's baby untuk maklumat lanjut.

Hadiah yang ditawarkan sangatlah best, dapat cash tu!
Ok, selamat mengutip sample.

Voucher Hotel Sudah Sampai!

Hadiah voucher hotel dari Tomei sempena Hari Ibu telah sampai. 

Hadiah merupakan penginapan 3 hari 2 malam. Boleh pilih untuk menginap di rangkaian Hotel/Resort Swiss Garden di Damai Laut, Kuala Lumpur ataupun Kuantan.

Saya pun belum belek betul-betul lagi T&C. Ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum dapat redeem voucher ni. Macam banyak songeh sajakan? Nak kasi hadiah, kasilah betul-betul, nampak macam tak ikhlas :P




Apa-apapun terima kasih pada Tomei sebab anjurkan contest ini. Walaupun tak menang hadiah utama, hadiah penyertaan awal ni pun dah cukup best. Dan terima kasih juga pada yang sudi 'like' gambar mak saya. Terima kasih!

Thursday, May 24, 2012

Menang Barangan Edisi Terhad Kotex

Terus-terang saya akui, saya jarang menonton rancangan Memberku Hawa di TV3. Ini pun hantar sebab kebetulan saya menonton pada minggu itu.

Bila dapat panggilan telefon dari Kotex, sungguh terkejut. Saya menang Peraduan Memberku Hawa minggu ke-2. Staf Kotex minta saya beri alamat untuk penghantaran hadiah.
Dengan segeranya beberapa hari selepas itu, hadiah pun sampai. Dihantar ke alamat pejabat saya.
Kotex adalah salah satu produk di bawah syarikat Kimberly-Clark. Selain tu yang saya tahu Huggies juga bernaung di bawah syarikat yang sama.
Ini dia hadiah yang saya dapat. Barangan edisi terhad daripada Kotex.
Botol air yang begitu cute sekali. Hadif kata ini Hana Alesya yang punya. Nasib baik warna pink, kalau tidak harus jadi Hadif Syahmi yang punya.
Sample Kotex yang terbaru.
Bekas menggantung aksesori. Bentuk dia macam badan patung Barbie. Malas nak keluarkan dari kotak.
Buku nota Kotex.
Yang paling saya suka, bantal kecil Kotex berwarna biru ini. Memang cute sangat.
Terima kasih Kotex! Kalau dapat menang iPhone untuk Hadiah Utama lagilah saya suka :D. Masih adakah peluang itu?

Peraduan masih lagi berlansung. Untuk turut serta boleh kunjungi laman web Kotex Malaysia. Jangan lupa tonton rancangan Memberku Hawa bagi mendapatkan jawapan untuk soalan mingguan. Good luck!

Menang Produk Syahirah Dari Majalah Rapi

Hadiah yang tak disangka dapat. Surat dihantar ke alamat rumah mak. Bila tengok sampul surat dari majalah Rapi, saya dah melompat gembira sebab saya tahu mesti surat dapat hadiah.
Alhamdulillah, saya menang hamper produk Syahirah Iffah Gold & Platinum. Hadiah tidak boleh diposkan, perlu dituntut di pejabat Karangkraf sendiri. Saya telefon, kata staf di situ, barangnya berat dan kalau pos takut harga pos jadi mahal.
Jadi, saya minta adik saya di Shah Alam tolong ambilkan. Tak sabar nak tengok hadiahnya. Terima kasih majalah Rapi.

Hari Sukan Khalifah Intelek

Hari Sabtu, 19 Mei 2012 berlansung acara sukan tahunan Tadika Khalifah Intelek di Stadium MPSP Kepala Batas. Murid-murid tadika, 4, 5 dan 6 tahun semua terlibat sama.

Memandangkan semua murid perlu berkumpul seawal jam 7.00 pagi, saya hantar Hadif ke stadium dulu. Acara hanya akan bermula pada jam 8.00 pagi. Saya pulang ke rumah mengambil mertua saya, Haziq dan Hana Alesya. Sempat saya menjamah spagetti yang saya masak sebelum pergi ke stadium semula.

Bila sampai, acara sudah pun bermula. Semua murid berkumpul untuk nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan doa.
Hadif dalam team hijau, duduk di sebelah kiri. Jadi saya bergegas ke sebelah kiri untuk ambil gambar dia.
Seperti biasa, ibubapalah orang yang paling sibuk ambil gambar anak-anak.
Masa saya di kiri padang, bermulalah acara senamrobik. Semua murid bersenam mengikut cikgu di atas pentas.
Cari punya cari, barulah ternampak Hadif Syahmi.
Topi tutup muka, tak nampak muka. Bersungguh-sungguh dia ikut bersenam bersama cikgu. Masa ni dia tak perasan lagi saya.
Bila ambil gambar dari bawah, barulah nampak muka Hadif.
Bila dah perasan saya ada di situ, barulah dia tersenyum.
Atuk, Opah, Haziq dan Hana Alesya duduk di tempat duduk penonton. Jauh sangat, kecil saja nampak dalam gambar ni. Matahari tengah naik, jadi panas. Terpaksa berpayung.
Entah berapa lagu masa senamrobik saya pun tak perasan. Asyik tengok gelagat Hadif saya, maklumlah ini pertama kali dia turut serta dalam aktiviti sekolah.
Ramai ibubapa berkerumun di sebelah kanan padang untuk ambil gambar anak-anak. 
Habis acara senamrobik, Hadif masuk ke dalam khemah pasukan hijau.
Siap ada maskot lagi tu, angry bird hijau.
Tersenyum simpul, seronok punya pasal.
Acara pertama yang Hadif masuk adalah Junjung Kasih. Sempat lagi melambai tangan bila tengok saya nak ambil gambar dia.
Lepas habis acara masuk semua ke dalam khemah. Dalam khemah dia makan nasi disuap oleh cikgu.
Ini acara kedua yang Hadif masuk, Kejor Yop Kejor. Acara ni pasukan Hadif dapat no. 1.
Bersungguh dia berlari!
Markah akan dilekatkan di papan markah oleh juri yang dilantik.
Semasa rehat, Haziq minta saya belikan benda alah ni. Namanya pun saya tak tahu. Benda tiup-tiup ni biasanya orang pakai semasa menonton bola sepak. Bunyinya bising dan gamat. Kesian punya pasal saya belikan juga. Anak ada 3, terpaksalah beli 3.
Murah rezeki pakcik tu hari tu. Tapi seperti biasa, saya mesti minta diskaun. Dapatlah diskaun RM2 sebab beli 3.
Gembira je muka Hadif ni.
Duduk dengan kawan-kawan di khemah sambil tengok acara untuk ibubapa.
Ini acara untuk family. Kena asingkan barang-barang (beras, kacang dll) yang diberi di dalam talam. Lebih kurang macam dalam cerita Musang Berjanggut. 
Untuk kaum ibu ada acara menjahit.Kena jahit apa saya kurang pasti sebab sibuk layan anak-anak.
Untuk kaum bapa acaranya kerusi berirama.
Hana Alesya minum milo kotak yang saya bawa dari rumah.
Muka Hadif masam sebab baru lepas nangis. Dia kata dia penat. Bukan kata dia, saya pun penat. Dengan cuaca panas, acara pun berlansung lama sangat. Saya tengok ada beberapa budak lain yang menangis. Saya pujuk Hadif kata lepas ni Hadif dapat hadiah, barulah dia diam.
Acara yang ditunggu-tunggu, penyampaian hadiah.
Seronok sangat Hadif bila dapat hadiah. 
Kali kedua naik pentas, bertambah-tambahlah seronok dia.
Sibuk tayang dekat kawan-kawan kata dia dapat dua hadiah.
Tersenyum simpul gembira.
Seronok tengok Hadif memberi kerjasama yang baik dalam sukan. Ada budak nangis dan tak nak masuk acara. Ibu bangga dengan Hadif.
Hana Alesya pun tumpang sekaki.

Haziq hilang main dengan kawan dia di padang.

Lepas Hadif ambil hadiah, saya minta diri dari cikgu. Dah tak larat nak tunggu acara semua habis. Lagipun kesian pada mertua saya yang lama menunggu.

Tahniah Hadif, tahun depan boleh masuk lagi.