Thursday, June 28, 2012

Kenangan Indah Berhari Raya

Hari ini saya dengan gigihnya nak masuk contest anjuran blog Yumie Lufya yang bertemakan hari raya. Bila tengok hadiah memang teruja sangat sebab best-best belaka.

Tajuk Contest: Peraduan Indahnya Hari Raya Bersama Yumie Lufya
Tema: Suasana Hari Raya
Tarikh Tutup: 4 Ogos 2012
Maklumat lanjut boleh KLIK DI SINI.
 
Hari Raya saya cukup bermakna dengan kehadiran anak-anak. Biasalah bila usia makin menginjak, keseronokkan menyambut Hari Raya sudah semakin kurang. Yang memeriahkannya hanyalah anak-anak. Maklumlah saya hanya ada emak seorang sekarang. Melihat gelagat anak-anak di Hari Raya sekurang-kurangnya mengubat duka di hati. Di awal pagi, bergegas mandi, bersiap-siap memakai baju raya, bersalaman memohon kemaafan dan yang paling seronok bila masing-masing sibuk membelek duit raya, antara kenangan indah di Hari Raya.

Saya tag Aini, Azura dan Yati. Jom join contest!

Wednesday, June 27, 2012

Tiket Wayang Madagascar Dari Wyeth

Ok, sila jangan muntah. Asyik-asyik entry pasal contest dan hadiah. Jangan marah ye!

Rezeki dari contest di Facebook Wyeth. Contest yang suka-suka masuk, share & win. Alhamdulilah dapat tiket wayang cerita Madagascar. Boleh bawa anak-anak menonton.
I love to move it, move it! Terima kasih Wyeth Nutrition.

Harimau Yang Malang

Beli tak majalah Pa&Ma keluaran Julai 2012? Ini covernya. 
Kalau belek-belek dalam ruangan Mari Bercerita ada cerita Harimau Yang Malang. Hasil tulisan saya yang tak sepertinya. Cerita biasa-biasa saja, cerita yang saya reka sendiri bila bercerita pada anak-anak.
Part yang paling seronok, dapat hadiah dari majalah Pa&Ma yang merupakan produk Karihome. Terima kasih Pa&Ma.

Wednesday, June 20, 2012

Menang Aksi Si Kecil Majalah Harmoni

Hadiah yang tidak terjangka, tiba-tiba saja sampai di rumah. Hadiah atas nama Hadif Syahmi. Gambar dia keluar dalam majalah Harmoni untuk ruangan Aksi Si Kecil. Bukan saya tak belek majalah Harmoni ni, tapi tak perasan pun ada gambar Hadif Syahmi. Bila nak beli, majalahnya susah habis. Tensen, tak dapat simpan buat kenangan.
Inilah hadiah yang dapat. Produk Avon untuk baby. Cute betul botolnya.
Terima kasih Harmoni. Rasa macam nak hantar gambar Hana Alesya pula lepas ni. 

Tuesday, June 19, 2012

Hadiah-Hadiah Yang Diterima

Ini antara hadiah-hadiah contest yang telah selamat diterima.

Produk Syahirah dari majalah Rapi. Hadiah kena ambil di pejabat Karangkraf di Shah Alam. Mujur ada adik saya boleh tolong ambilkan. Ingatkan berat sangat hadiahnya sampai tak boleh pos. Ada beg ni saja, kalau pos rasanya tak jadi masalah.
Beg berisi set lengkap produk Syahirah Iffah Gold. Terima kasih Nora tolong ambilkan.
Ini Lipice edisi terhad perisa laici yang saya menang dari Facebook Lipice. Biasanya saya pakai perisa strawberry.
Seterusnya hadiah dari Peraduan Hari Ibu di Facebook Simple Skincare. Hadiah merupakan produk Simple iaitu pencuci muka dan toner.
Selain itu voucher Topshop bernilai RM50.00
Itu saja, sekian. 

Cek Nuffnang Pertamaku

Cek pertama saya dari Nuffnang. Jumlahnya ciput saja tapi banyak jugalah bagi saya. Lepaslah nak belanja anak-anak makan Pizza Hut.
Terima kasih Nuffnang. Ada rezeki boleh cash-out lagi.

Hari Bapa

Sambutan kecil-kecilan Hari Bapa untuk Huzein. Cup cake bukan dibuat sendiri. Dengan tulus ikhlas saya mengaku tak pandai buat kek. Ditempah dari LeenSani HomeMade.
Pagi Hari Bapa itu sarapan roti telur special. Rasa tetap sama tapi specialnya adalah seperti di bawah.
Anak-anak tumpang sekaki merasa.
Petang tu saya belanja makan ketam di Juru. Sedap sehingga menjilat jari.
Terliur tak? Meh kasi gambar close-up. Nampak sedapkan? Rasanya pun sedap!


Menang Peraduan Gaya Ibu Muslimah

Mulanya macam tak berapa yakin nak masuk, tapi mencuba apa salahnya. Saya tau saya tak comel, lagi anggun bergaya.

Keputusan keluar dalam majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Julai 2012.


Dalam tak comel tu dapat juga saguhati. Hadiah saguhati merupakan pakaian dari Butik Mama bernilai RM100. Lumayan juga tu.


Kenapalah ditulisnya umur saya. Dah tua, malu!

Thursday, June 7, 2012

Vote Hadif Syahmi

Sesungguhnya saya memang malas masuk contest yang kena 'like'. Tak ramai kawan-kawan untuk saya minta tolong 'like'. Tapi kali ni gigih meraih undi. Kalau dapat, hadiah adalah untuk anak-anak. Jadi marilah 'like' beramai-ramai gambar Hadif Syahmi untuk Peraduan Photo Kreatif Upin & Ipin.
Cara-cara mengundi.
1) Like Facebook Upin & Ipin
2) Like Gambar Hadif Syahmi

Mudah sajakan? Inilah yang gambar saya pertaruhkan. Amacam, comelkan? Jadi marilah 'like'.
Undi anda sangat berharga. Terima kasih. 

Monday, June 4, 2012

Menang Lipice

Ini rezeki tak terjangka. Saya ternampak di facebook Lipice minta e-mel beritahu produk Lipice mana yang paling suka dan 20 penghantar terawal akan dapat Lipice Perisa Fruity Edisi Terhad. Saya hanya mencuba nasib, mana tau ada rezeki.
Bila dapat e-mel balasan kata saya antara 20 orang terawal yang menghantar e-mel, wah seronoknya!
Inilah yang dikatakan rezeki. Terima kasih Lipice!

Menang Hadiah Dari Seri Dewi & Keluarga

Ini cover majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran Jun 2012. Harus dapatkan satu untuk simpanan. Bukan sebab covernya Aaron Aziz yang menang Bintang Paling Popular. Tapi sebab ada 3 hadiah yang saya menang dari majalah Seri Dewi & Keluarga.
Peraduan Ekspresikan Sayangmu saya menang hadiah saguhati berupa produk Avon bernilai RM100.
Gambar saya sekeluarga keluar dalam ruangan Keluargaku Syurgaku. Hadiahnya merupakan produk Alissa.
Gambar saya bersama Haziq dan Hana Alesya terpilih dalam ruangan Cuit-Cuit dan hadiahnya merupakan buku/novel. Yang ini saya hantar guna nama Huzein.
Alhamdulillah, kecil-kecil hadiah pun saya sangat bersyukur. Mana tau lepas ni hadiah besar pula menanti. 

Bila Abah Tiada

Menghitung hari kami berempat menunggu Huzein pulang dari Umrah. Aktiviti cuti sekolah hanyalah pergi ke Tesco dan Jusco. Kesian dekat anak-anak, tapi takpelah, sekurang-kurangnya ada juga benda nak buat.
Ada beberapa  hari lagi Huzien akan pulang. Bersabarlah anak-anak (percubaan memujuk hati sendiri sebenarnya ni).