Tuesday, July 31, 2012

Susahnya Bergambar

Saya dengan gigihnya nak masuk contest anjuran Carrie Junior sebab tengok hadiahnya yang sangat best. Hadiah utama RM10 ribu tu. Siapa yang tak mahu kan? Syarat contest ini kena ambil gambar anak yang sedang seronok mandi.

Jadi, mangsa saya kali ini adalah Hana Alesya dan Hadif Syahmi.
Serius sangat susah nak ambil gambar budak-budak ni. Punyalah nak bagi perfect entah berapa puluh kali saya ambil gambar mereka. Suruh buat begitu, di buatnya begini. Suruh buat begini, dibuatnya begitu.

Ini antara gambar-gambar yang cantik saya ambil. Mula-mula Hana Alesya. Memang syok dia main buih sampai lupa daratan tak mau keluar dari bilik air.
Hadif Syahmi senang sikit bekerjasama dengan dia. Maybe sebab dia dah besar dan pandai dengar arahan.
Saya hantar 2 penyertaan, satu atas nama Hana Alesya dan satu Hadif Syahmi. Harapnya sangkutlah salah satu hadiah yang ditawarkan. Nak mengharapkan hadiah utama, tidaklah. Sebabnya ramai lagi mereka yang handal dalam contest melibatkan gambar-gambar ni. Saya pun tak pandai sangat ambil gambar yang cantik.

Doakan saya dapat hadiah, Insyallah.

Mari Bertukang

Anak dara ni bukan main lagi menunjukkan bakat bertukang. Huzein beli almari kecil untuk dijadikan rak buku. Hana Alesya sibuk nak tolong abah dia bertukang.
Ada bakat ke? 

Fan Ke 200 Starpoints Hotel Kuala Lumpur

Yahoo! Tak perlu kata apa-apa. Rezeki bulan puasa. Alhamdulillah.

Hamper Bio Oil Dari Majalah Her World

Dapat emel dari majalah Her World mengenai online voting. Aduh, sungguh tak ingat bila hantar. Tapi, alhamdulillah dapat produk Bio-Oil berjumlah RM100.00
Nanti hadiahnya sampai saya tunjuk ok. 

Friday, July 27, 2012

Hadiah Dari Magnum

Hadiah dapat dari Facebook Magnum merupakan 3 keping voucher bernilai RM50 setiap satu di Shook! Starhill Gallery. Lumayan juga tu.
Inilah entry yang saya hantar hantar di wall Facebook saya. Saya memang suka sangat Magnum. Tapi yang saya ambil gambar ini adalah sarung Magnum yang lama yang memang saya simpan. Kena kreatif skit.
Hadiahnya telah saya beri kepada kawan di KL. Takpelah, bukan rezeki saya. Lagipun tak salah berkongsi, mana tau boleh dapat rezeki yang lebih baik lagi, Insyallah.

Riang Ria Di Taman Tasik Taiping

Kami sekeluarga singgah ke Taman Tasik Taiping sebelah petang selepas menghadiri majlis pertunangan Liyana. Mulanya nak ronda-ronda sahaja. Tapi kesian dengan anak-anak yang minta nak main di taman permainan, kami singgah sekejap.

Di sini pada waktu petang, memang ramai sangat parents bawa anak-anak bermain. Tambah-tambah lagi hari cuti.
Haziq, Hadif dan Hana Alesya sangat enjoy main gelungsur. Seronok tengok anak-anak saya termasuk budak-budak yang main di sini ketawa mengekek tiap kali selepas mengelungsur. Memang terpancar kegembiraan di wajah mereka. 
Budak yang tak kenal pun boleh jadi kawan. 
Hana Alesya sempat lagi nak berposing buat 'peace' masa saya tengah sibuk-sibuk ambil gambar.
Hadif Syahmi sempat korek hidung.... hahahahaha
Seronok jadi budak-budak, tak ada masalah nak fikir. Main saja kerjanya.
Tak ada masalah, tapi jangan timbulkan masalah dekat Ibu. Jangan tambahkan uban di kepala Ibu :D

Tuesday, July 24, 2012

Menang Penginapan 2D1N di Suria Resorts

Contest ini saya masuk dari Facebook Suria Resorts and Hotel Malaysia. Nak kata susah tak juga sebab semua jawapan saya dapat dari laman web Suria Resort. Tetapi yang susahnya adalah slogan. Saya memang tak pandai buat slogan dalam Bahasa Inggeris. Main hentam saja dan terus hantar.
Ikutkan hanya seorang pemenang yang akan dipilih. Tetapi saat akhir, hadiah diberikan kepada 6 orang pemenang. Bila diumumkan saya adalah salah seorang darinya, terharu pun ada juga. Slogan nak kata power tak juga, tapi sudah menjadi rezeki saya, dapatlah hadiah ini.

Nanti dapatlah bawa anak-anak bercuti. Rasa macam dah lama tak pergi bercuti dengan anak-anak.

Terima kasih Suria Resorts!

Tiket Wayang Dari Lady's Choice

Menjawab dengan sepantas kilat bila keluar soalan di Facebook Layd's Choice Malaysia. Jawapan pun sebenarnya saya Google. 

Yeay! Menang juga. Hadiahnya 2 keping tiket wayang GSC.
Tiket wayang sudah sampai. Nasib baik boleh pakai sampai bulan Oktober. Bulan puasa tak kuasa nak pergi tengok wayang. Nanti bolehlah bawa anak-anak bersama.

Hanya Di Radio

Balik dari kerja minggu lepas, saya mendapat satu panggilan yang tidak diduga. Panggilan dari radio Era. Pergh... terketar menjawab. Saya dimaklumkan, saya merupakan salah seorang pemenang untuk peraduan Horlicks dan diminta menyampaikan ucapan yang telah saya hantar ke laman web Era. Terus saya kata, alamak, mana saya ingat?

Pemanggil yang baik hati bacakan balik ucapan saya untuk saya salin. Beginilah tulisan cakar ayamnya. Saya diminta bersedia dan akan dihubungi lagi sekali untuk membacakan ucapan.
Terus saya salin elok-elok supaya mudah saya baca dan tak ada perkataan tertinggal. Ucapan ini saya tujukan untuk anak saya Haziq Fahmi.
Lebih kurang dalam jam 6.45petang. Panggilan pun masuk seolah-seolah saya tak tahu saya pemenang. Berlakon sikit-sikit tunjuk gembira dan terketar-ketar baca ucapan. DJ pada waktu itu adalah Adi Fashla. Dia minta nak bercakap dengan Haziq tapi Haziq malu pula nak bercakap.

Nasib baik panggilan itu adalah rakaman dan akan diedit sebelum disiarkan.

Rasanya sudah keluar di radio Era. Malangnya saya hanya dengar radio semasa memandu sahaja. Terlepas peluang nak dengar suara sendiri dia radio.

Untuk peraduan ini saya dapat duit RM100.00 dan hamper Horlicks. Sebagai penerima ucapan, Haziq pun dapat hamper Horlicks. Nanti bila hadiahnya sudah dapat, saya akan update dalam blog.

Satu pengalaman baru bagi saya. Serius, saya memang terketar baca ucapan walaupun Adi Fashla tak ada di depan mata. Agaknya macamanalah suara saya di radio?

Ada apa dengan Wanita?

Ini cover majalah Wanita bulan Ogos 2012. Cantikkan? Baru-baru ni macam suka pula beli majalah Wanita sebab ada banyak contest.


Dan saya beli keluaran Ogos 2012 sebab surat saya tersiar dalam majalah Wanita. Lagi best sebab dapat hadiah untuk surat yang tersiar ini. Saya tulis simple saja.


Paling seronok sekali gambar anak-anak saya pun keluar dalam majalah dalam ruangan Klik! Klik! Lucukan gambar ni?


Dapatlah hadiah penginapan dari Zenith Hotel di Kuantan.


Wah seronok! Harapnya murah lagilah rezeki saya dengan majalah Wanita. 

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Tahun Ini

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua. Hari ini baru merupakan hari ketiga berpuasa.

Tahun ini saya dan keluarga berpuasa di Bertam. Alhamdulillah, lebih dekat dengan tempat kerja dan bolehlah balik rumah dan masak-masak. Kalau boleh tahun ni nak kurangkan ke bazar Ramadhan. Sebabnya, bila ke bazar Ramadhan, semua nak dibeli. Akhirnya nanti mesti ada juga makanan yang terpaksa di buang sebab tak termakan. Nanti lama-lama, mahal jadinya rezeki.

Haziq dan Hadif seronok sebab dapat ikut Huzein ke masjid untuk sembahyang terawih. 
Hadif sibuk minta saya ambil gambar dia dengan lukisan yang dia warnakan di tadika.
Sungguh riang-ria. Harapnya Haziq dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Tahun lepas dia tinggal 1 hari sahaja kerana tidak bersahur dan kebetulan hari tu dia duduk di rumah mak saya. Jadi mak saya baik hati, tak sampai hati tengok cucu terjelepok keletihan terus bagi buka puasa. Tahun ini, insyallah saya akan pastikan dia berpuasa penuh.
Suci murni betul muka kamu. Jangan bagi masalah banyak dekat abah bila di masjid ye...hehehehe
Hari pertama saya masak nasi ayam untuk berbuka. Ini hidangan hari kedua, Western sangatlah konon-kononnya. Menu lain pada hari kedua adalah makaroni sup dan fruit salad.
Gambar tak dapat nak tunjuk sebab kelabu, dan tak cantik. Lagipun bulan-bulan puasa ni tak elok tengok gambar makanan sangat...hehehehe.

Selamat berpuasa. Hari ni baru hari ke-3. Ada 27 hari lagi.
Puasa tahun ini, harapnya pahala saya semakin gemuk dan badan saya semakin kurus. Boleh?

Kuah Yang Sudah Tumpah Ke Nasi

Huzein dan Haziq bukan sedar saya ambil gambar sebab asyik sangat menonton TV. Gaya 2 beranak sama saja. Gaya yang sama diperturunkan oleh Atuk kepada Huzein dan lepas tu dapat dekat Haziq. Kalau tidur malam tu kadang-kadang boleh tengok Huzein dan Haziq baring dalam posisi macam ni.
Nampak gayanya kuah memang sudah tumpah ke nasi. Like father, like son. 

Liyana E-Day

8 Julai 2012 majlis pertunangan Liyana, sepupu Huzein di Taiping. Maka berangkatlah kami sekeluarga ke sana. Seronoknya bila ada majlis kenduri-kendara ni ialah dapat berjumpa ahli keluarga yang jarang-jarang jumpa.

Masa acara berlansung, saya di luar rumah sibuk tengok anak-anak. Biasalah kalau dibiarkan, silap-silap masuk longkang. 
Hantaran punyalah banyak, memang meriah!
Inilah orang kuat yang terlibat sepanjang upacara meminang dijalankan.
Inilah dia Liyana. Manis je dia.
Selesai majlis pertunangan, semua pakat sibuk tengok hantaran. Budak-budaklah yang paling sibuk sebab tengok ada banyak coklat.
Pelamin menjadi tempat utama ambil gambar. Hana Alesya bergaya ala-ala kumpulan K-Pop.
Hadif pun tumpang sekaki bergambar di pelamin.
Haziq? Hilang main dengan sepupu dia entah ke mana?

Hana Alesya dan sepupu, Uwais.
Saya pun tumpang sekaki bergambar dengan bakal pengantin baru.
Tahniah Liyana!