Thursday, August 30, 2012

Tips Mengira Duit Raya Anak

Kalau jadi mak ni, betul tak kalau lepas raya mesti kena mengira duit raya anak? Mengira duit raya anak memang dah menjadi rutin bagi saya tiap-tiap tahun. Jadi saya nak kongsi tips sikit dengan ibu-ibu semua.

TIPS NO. 1: Mula-mula sekali mestilah kena keluarkan duit raya dari dalam sampulkan? Saya keluarkan duit dan asingkan sampul di sebelah. Kemudian, saya asingkan sampul duit raya yang masih elok dan yang susah terkoyak. Yang sudah terkoyak saya buang. Tetapi yang masih elok saya akan simpan. Sampul ini akan saya gunakan pada tahun-tahun akan datang. Jadi tak perlu bersusah payah cari sampul duit raya setiap tahun. Sampul ini juga berguna bila nak beri duit masa menghadiri kenduri. Banyak gunanya.


TIPS NO. 2: Saya asingkan duit raya mengikut kategori. Ini bagi memudahkan pengiraan. Jumlah yang saya dapat akan dibahagi 3 memandangkan anak saya 3 orang. Tapi tahun ini Haziq dapat duit raya lebih sebab dia berpuasa penuh.


Lepas asingkan duit, tibalah masa mengira duit.


TIPS NO. 3: Lepas habis kira jangan lupa tulis. Baru tahu berapa jumlah yang dapat. Saya tak boleh main ingat-ingat saja, mesti nanti kena kira balik sebab terlupa.


TIPS NO. 4: Lupa nak bagitau, sebelum proses mengira bermula saya akan tukar duit RM1 dan RM5 yang masih cantik lagi elok untuk digunakan pada tahun hadapan. Saya memang malas pergi bank untuk tukar duit, jadi saya tukar siap-siap dengan duit raya anak. Bijak tak saya?


Duit raya anak-anak biasanya saya akan simpan dalam Amanah Saham Didik. Macamana nak buka akaun Amanah Saham Didik? Boleh tengok di entry ini.

Selamat menyimpan!

Raya 2012 di Penang

Hari Raya kedua selepas Zohor kami bertolak pulang ke Penang dari Ipoh. Kereta banyak, jadi perjalanan pun slow sangat. Sampai di rumah mak saya dalam jam 5.30petang.

Lepas berehat sekejap, dalam jam 6.30petang kami sekeluarga pergi mengunjungi pusara arwah Abah, Tok, Tok Wan dan Mak Teh. Rasa sedih sangat, sampai termenangis. Walaupun cover-cover tapi Haziq perasan dan tanya, "Ibu menangis ke?"

Raya ketiga semua adik-beradik arwah Abah berkumpul di rumah mak saya. Buat makan-makan sikit dan bersembang tentang kenangan lama. Ini baru sebahagian anak dan menantu arwah Tok saya. Paklang, Maklang dan Pakteh tiada dalam gambar.


Bergambar ramai-ramai. Sebahagian anak, menantu, cucu dan cicit arwah Tok.



Bergambar bersama sepupu saya Hilwa. Dia tinggal di Johor sekarang. Dulu masa belum kahwin, kami sama-sama lepak, tinggal di rumah Tok. Sekarang memang susah nak jumpa, jumpa di FB sajalah.


Ini sajalah gambar raya saya bersama dengan mak tahun ini. Tak sempat nak pakai baju cantik-cantik.


Hana Alesya bersama pakcik Irfan.


Hmm...baru saja entry lepas-lepas saya kata raya saya dah kurang meriah sebab dah semakin berusia. Tapi bila dah celebrate raya tahun ini saya rasa saya memang sangat menantikan Hari Raya. Sebabnya masa-masa beginilah saya dapat berjumpa sanak-saudara yang jauh. Setahun sekali pun tak apa. Semoga ikatan terus terjalan dan sentiasa dalam ingatan.

Tuesday, August 28, 2012

Happy Birthday Hana Alesya

Tak sempat lagi nak buat entry Hari Raya di Penang. Tak berkesempatan nak pilih-pilih gambar, banyak sangat.

Memandangkan hari ini 28 Ogos 2012, genaplah usia 3 tahun satu-satunya anak perempuan saya Hana Alesya.
HAPPY BIRTHDAY HANA ALESYA!


Terima kasih pada semua yang wish pada Hana Alesya. Insyallah kami akan celebrate sekeluarga kecil-kecilan sahaja. 

Monday, August 27, 2012

Raya 2012 Di Ipoh

Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya bersama keluarga mertua saya di Ipoh, Perak . Kami bertolak pulang ke Ipoh pada hari Jumaat. Jadi sempatlah berbuka puasa 2 hari sebelum raya.

Acara wajib tiap-tiap tahun pada malam menjelang raya, main bunga api. Anak-anaklah yang paling seronok.



Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk solat Aidilfitri. Cuak juga bawa Hana Alesya bersama. Lepas solat tengok dia tak ada berdekatan saya. Terus panjangkan leher cari dia di sekitar. Tengok-tengok dia duduk di hujung sambil main-main dengan baby. Kalau hilang mesti susah nak cari sebab ramai sangat orang di masjid masa tu.

Balik rumah, sesi bersalam-salaman. Nak tergelak pun ada tengok gelagat Haziq salam dan cium tangan Atoknya. Beria betul.



Hana Alesya sibuk dengan botol susu. Salam, salam juga tapi botol susu tak lepas.


Lepas habis salam Atok dan Opah, giliran Abah pula. Sambil salam, korek tangan Abah minta duit raya lebih skit. Haziq Fahmi tahun ni dapat duit raya lebih sebab puasa penuh 30 hari. Alhamdulillah, satu pencapaian tu. Saya darjah 2 baru mampu puasa penuh.


Seronok jadi budak-budak ye, dapat duit raya.



Habis sesi bersalaman, sesi bergambar pula. Mula-mula kami bergambar di luar rumah. Ini gambar paling cantik saya ambil raya ini. Gambar Hadif dan anak saudara saya Uwais.


Ini family adik ipar saya Maidy dan Nora. Ini pun saya yang ambil gambarnya.


Ok, giliran keluarga saya pula. Saya tak suka tudung raya saya! Sekian, titik.



Seronok ambil gambar budak-budak ni. Macam-macam gelagat boleh tengok.




Habis di luar rumah, dalam rumah pulak berposing-posing. Macam-macam gaya ada.



Atok dan Opah bergambar dengan cucu-cucunya. Insyallah, bulan depan dapat lagi seorang. Baru 5 orang pun dah macam-macam huru-haranya.



Gambar raya 2012 kami sekeluarga. Tahun ini warna tema adalah hitam dan grey. Raya tahun ini adik ipar saya, Yati tidak pulang beraya. Dia di Australia sedang menunggu masa untuk bersalin.


Memandangkan tudung raya saya tak best, saya tukar tudung lain dan minta ambil gambar lagi sekali.


Ini orang mesti nak spoilkan gambar saya. Penat je bagi senyuman menawan :P


Penat-penat bergambar, Opah belanja makan aiskrim. Suka sangatlah budak-budak ni.



Petang itu kami sekeluarga beraya di sekitar Ipoh, rumah saudara sebelah Huzein. Esoknya kami balik ke Penang.

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Sesungguhnya bagi saya Raya sudah kurang meriah. Mungkin sebab faktor umur. Kalau seronok pun sebab melayan karenah anak-anak.

Banyak bezanya Raya dahulu dengan sekarang. Antaranya.....

BAJU RAYA
Anak-anak zaman sekarang, tak perlu tunggu Hari Raya sudah dapat baju raya. Mungkin sebab ibubapa mampu sediakan. Saya dulu, kalau nak baju baru mesti tunggu Hari Raya baru dapat. Jadi gembira sangat-sangat bila sambut Hari Raya

KUIH RAYA
Dulunya kalau nak makan kuih yang sedap-sedap mesti tunggu Hari Raya. Nak buatnya pun bukan main susah, contohnya dodol. Zaman sekarang tak perlu tunggu Hari Raya, kat mana-mana pun ada jual biskut dan kuih raya. Rasa teruja nak makan kuih raya pun dah kurang.

DUIT RAYA
Saya ingat lagi, masa kecil dulu bersungguh-sungguh beraya dari sebuah rumah ke sebuah rumah mengutip duit raya. Masa ni orang dah tak kisah, asal ada budak datang mesti bagi je duit raya. Zaman sekarang, jangan harap saya nak biarkan anak-anak keluar rumah, jalan jauh-jauh tanpa saya atau suami ikut. Silap-silap hilang dan tak jumpa terus. Jumpa di Syurga jawabnya. Persekitaran sekarang kurang selamat. Ada setuju?

Tahun ini saya akan beraya di Ipoh dan raya kedua baru pulang ke Penang. Ini gambar raya lama. Tahun ini kami sekeluarga berbaju warna hitam dan kelabu.


SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA SEKELUARGA. MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP.

Comelnya!

Hari Rabu lepas saya ada majlis Iftar di tempat kerja. Gambar saya malas nak ambil sebab sibuk ambil makanan dan layan anak-anak makan.

Tapi saya nak share gambar Hana Alesya yang saya ambil sebelum kami bertolak keluar. Comel betul dia pakai tudung. Nampak manis saja muka.


Yang ni paling geram tengok. Alhamdulillah, bertahan juga dia pakai tudung sepanjang majlis Iftar berlansung.


Ok, gaya last sekali yang tak boleh tahan ni. Harus ada gambar bergaya letak jari di pipi, konon-konon comellah tu. Aduhai anak ibu.....

Siapa Tak Suka Dapat Hadiah?

Alhamdulillah, bulan Ramadhan ini banyak juga hadiah yang saya dapat. Walaupun kecil sahaja tapi cukup buat hati berbunga riang. Antara hadiah yang sampai ke tangan saya.....

Dua tiket wayang GSC dari Facebook Lady's Choice.


Pencuci Muka Cosmoderm. Ini pun dapat dari Facbook Cosmoderm sempena peminat bertuah.


Deodarant dari Facebook Garnier. Jimat, tak payah beli sebab saya memang pakai jenama ini.


Voucher penginapan di rangkaian Suria Resorts & Hotel. Belum pilih lagi nak pergi mana. Insyallah, cuti sekolah nanti boleh bawa anak-anak berjalan.


Kemenangan ini baru dapat tahu pagi tadi. Dapat penginapan 2D1N di Hotel De ART. Suka, sebab dapat pergi jalan-jalan.


Ini pun baru dapat tahu pagi tadi, kemenangan dari Facebook Sasa Malaysia.


Banyak-banyak hadiah, yang paling best adalah wang tunai RM1,000.00 dari Peraduan Waa.... Cocopie. Saya dapat panggilan petang kelmarin. Memang teruja sangat-sangat, sampai sejuk tangan menjawab panggilan. Insyallah, hujung bulan ini cek akan sampai. Peraduan ini masih lagi berjalan sehingga bulan Mac 2013. Masih sempat lagi kalau sesiapa berminat nak masuk.


Alhamdulillah, rezeki saya di bulan Ramadhan ini sangat banyak. Harapnya bulan Syawal menjanjikan rezeki yang lebih banyak. Amin.....

Kasut Raya Dari Asadi

Kalau betul-betul pakai kasut Angry Bird dari Asadi ni hilang terus glamour baju raya saya. Saya menang kasut ini dari Facebook Asadi.

 Gambar kredit to Wan Rofiza. Malas nak ambil gambar sendiri.

Nama saya nombor 19.

Contest pun senang, cuma buat ucapan Hari Raya. Saya buat dalam bentuk pantun. Ringkas saja. Tak sangka pula terpilih.


Terima kasih Asadi Malaysia!

Thursday, August 9, 2012

Balik Kampung Buat Karipap

Minggu lepas saya sekeluarga balik kampung di Ipoh. Hajat nak berbuka puasa dengan mak dan bapa mertua. Kebetulan masa tu adik ipar saya Yati balik dari Australia.

Ini gambar masa nak ke Tesco Ipoh. Haziq dah tertidur keletihan. Hadif dan Hana dalam proses nak tertidur. Kalau balik kampung pun jalan-jalan setakat Tesco dan Giant. Tempat lain jangan diajak, pasti mendapat jawapan yang menghampakan.


Kalau balik kampung biasanya mak mertua saya akan buat karipap kegemaran anak-anaknya. Bila Opah sibuk di dapur, cucu-cucu pun sibuk mengacau. Masing-masing nak tunjuk bakat pandai buat karipap sama.


Bukan main lagi budak kecik ni.


Gigihla sangat Haziq buat karipap.


 Gelek Hadif, jangan tak gelek.


Karipap buatan sendiri adalah untuk makan sendiri. Tak kuasa orang lain makan karipap yang Haziq, Hadif dan Hana Alesya buat. Entah berapa kali kepal dan gelek entah. Orang yang tengok sure tak selera nak makan.