Friday, September 28, 2012

Cek Cocopie Sudah Sampai!

Jangan marah, cek dihantar sendiri oleh Encik Manager kita iaitu Mr. Woh. Jauh datang dari KL ke Penang. Kebetulan dia memang ada kerja di Penang, terus dia datang berjumpa saya untuk beri cek kemenangan dalam Peraduan Waa.. Cocopie.


Memang teruja bila dapat cek RM1,00.00. Alhamdulillah, harapnya ada rezeki lagi saya dengan Peraduan Cocopie ini. Terima kasih Cocoaland dan Mr. Woh!

Thursday, September 27, 2012

Bila Berbudi Dapatlah Merasa

Saja suka-suka nak share gambar kerabu mangga yang saya buat minggu lepas. Mangga diberi oleh kawan pejabat saya Kak Tinie.

Sebenarnya sebelum itu, Kak Tinie minta pinjamkan kamera. Bila dia pulangkan balik dia beri saya buah manga, teh strawberry dari Cameron Highlands dan juga pewangi kereta. Itulah bila kita berbudi, insyallah akan ada orang ingat.


Nampak sedap tak? Ini untuk makan hari Sabtu. Hari Ahad buat lagi sekali tapi versi lain sikit, saya masukkan hirisan serai dan bunga kantan. Gambar versi Hari Ahad lupa nak ambil.

Wednesday, September 26, 2012

Menang, Tapi Hadiahnya Belum Dapat

Menang hadiah kecil-kecilan sahaja. Bilalah saya nak menang kereta ni? Tolong doa-doakan saya.

Menang RM100 cash voucher dan barangan ekslusif dari facebook Clinelle.



Produk Mythic Oil bernilai RM232 dari majalah Eh! Dah lama tak menang peraduan dari majalah.


Set Dashing on The Go bernilai RM50.00 dari facebook Dashing. Boleh bagi dekat Huzein guna. Saya yang pertama menjawab. Sebenarnya tak tahu jawapan tapi cepat-cepat saya tanya dekat encik Google, dapatlah jawapannya.


Ini untuk peraduan Mr. Potato dalam Harian Metro. Hantar pun tak bersungguh tapi terlekat juga nama saya untuk hadiah saguhati. Dapatlah duit RM500.00


Bilalah saya nak menang kereta ni. Mari doakan saya. Terima kasih.

Model Pilihan Saya

Saya meneruskan kegilaan dulu-dulu dengan turut serta dalam macam-macam peraduan sekarang. Sekarang kalau ada contest bergambar untuk kanak-kanak, yang akan menjadi mangsa adalah Hana Alesya. Saya pun masih lagi belajar untuk mengambil gambar. Bukan pandai sangat pakai DLSR Huzein. Tapi puashati bila tengok gambarnya terang dan jelas.

Gambar ini saya ambil untuk peraduan Carrie Junior. Kena ambil gambar anak yang sedang seronok mandi. Keputusan belum keluar lagi sampai sekarang padahal tarikh tutup sudah lama. Letih menunggu.


Ini untuk peraduan Sunsweet di facebook. Peraduan masih lagi berlansung. Kalau berminat boleh ke facebook Sunsweet. Syaratnya kena ambil gambar bersama apa-apa produk Sunsweet.



Gambar in saya ambil untuk contest Captain Munch. Tapi gambar ini tak menang hadiaah pun.


Ini pun gigih nak masuk walaupun tahu hadiahnya hanya voucher Jusco RM10.00. 


Gambar muka manis ni untuk peraduan Whoopee. Kebetulan masa tu memang beli Whoopee sebab harga offer RM25.00 sahaja. Sebab muka Hana Alesya sangat manis, tersangkut juga satu hadiah dari Whoopee.


Menang hadiah saguhati. Berbaloi juga penat lelah Hana Alesya berposing.


Tapi nak dapatkan gambar yang sempurna tersangatlah susahnya. Kena bagi upah dan janji macam-macam. Nasib baik dia masih mahu bekerjasama.

Tuesday, September 25, 2012

Ketagihan Baru, Kurma Shake Yummy!

Mulanya susu Dutch Lady Low Fat ini dibeli sebab Huzein nak buat western food apa entah. Tapi tak terbuat pun. Bila tengok susu ni tersadai lama sangat di rumah, saya pun mulalah membuat satu resepi bagi menghabiskan benda-benda yang menyemakkan peti ais.

Kebetulan dalam peti ais ada pula banyak kurma yang Huzein beli masa pergi Umrah dulu. Jadi apa lagi, jom blend itu susu dengan kurma buat shake. Kurma kalau boleh guna jenis yang basah sebab ada isi banyak. Tak perlu tambah gula sebab kurma memang sudah sedia manis. Jangan lupa buang biji sebelum blend.


Inilah rupanya Kurma Shake saya. Masuk sekali dengan hampas kurma dalam tu. Sambil minum boleh kunyah-kunyah kurma. Memang sedap!


Nak lagi sedap, minum masa sejuk. Nak nak nak lagi sedap, bekukan sedikit lepas tu minum, pergh boleh membuatkan jarum timbang berat badan semakin bergerak ke kanan. Cubalah, anda pasti ketagih!

Mudahnya Hidup Dengan Philips Airfryer

Tajuk entry tak boleh tahan. Nampak sangat macam pemalas masak.

Konon-kononnya menjalani gaya hidup sihat, masak makanan bergoreng tanpa menggunakan minyak. Ini akibat teracun dengan kawan-kawan. Akhirnya selepas meninjau di Harvey Norman dan Jusco, Philips Airfryer ini telah berada di rumah saya. Saya beli di Jusco dengan harga RM9++ (aiyo, harga betul tak ingat). Dapat percuma cooler box yang sangat besar.

Masa tengok staf di Jusco demo, anak-anak saya sangat teruja mencuba nugget yang di masak dengan airfryer. Siap minta tambah.



Percubaan pertama memasak dengan airfryer. Resepi entah apa-apa. Main letak saja maklumlah saya bukan pandai sangat masak.



Inilah hasilnya. Lambat sangat ambil gambar. Ini saja yang tinggal. Rasa memang sangat sedap. Macam ayam tandoori pun ada sebab saya masukkan sedikit serbuk kari daging.


Lepas tu apa lagi habis segala nugget, fries masuk dalam tu. Senang kerja, masuk, setkan masa dan suhu. Bila masak airfryer akan berbunyi tanda sudah masak dan boleh makan.

Ini percubaan minggu lepas masak pizza dalam airfryer. Macam merepek saja idea ni tapi boleh tahan juga rasanya. Kena masak dalam suhu sederhana, tak boleh panas sangat takut doh tak masak.


Satu saja bila pakai airfryer malas betul nak mencuci. Part jaring-jaring tu yang paling susah nak cuci sebab kadang-kadang ada makanan melekat di situ. Kalau guna span pencuci pinggan mesti melekat di jaring.

Entah macamana satu hari terpandang pencuci botol susu anak dekat sinki. Saya cuba cuci dengan pencuci botol. Memang bersih dan mudah sangat. Kebetulan memang ada 2, jadi 1 telah dijadikan pencuci khas untuk airfryer. Macam nilah bentuk pencuci botol susu, jenama Pureen. Anakku pun ada juga pencuci botol yang macam ni. 
Memasak mudah, mencuci peralatan memasak pun mudah!

Friday, September 21, 2012

International Babywearing Week Walk 2012

Sungguh teruja bila tengok poster ni. Tapi sayangnya saya sudah tidak ada baby untuk dikendong.

Kalau berminat nak turut serta atau nak tahu apa itu babywearing boleh lawat facebook Malaysian Babywearers. Banyak info dekat situ. Saya dulu pun belajar dari kawan-kawan di situ.




Teringat pertama kali walk diadakan pada tahun 2008. Tahun itu sajalah saya dapat turut serta. Lain-lainnya sibuk mengandung dan ada hal lain.


Tahun ini mungkin saya boleh turut serta sama. Mungkin sebagai jurugambar sahaja. Iskh.. semangat nak pergi ni!

Friday, September 14, 2012

Detik Bersama Sunlight

Masa tengok poster peraduan Sunlight ni saya teruja nak masuk. Kalut pergi cari kedai yang ada jual Sunlight dan bagi kad untuk dilekatkan di depan rumah. Rupa-rupanya bila baca dalam suratkhabar, team peronda Sunlight memang tak datang ke Penang.

Melepas hadiah bekalan Sunlight selama setahun dan juga set Corningware.


Tapi bila google dapat tahu ada Peraduan 'Detik Bersama Sunlight'. Caranya mudah saya ambil gambar yang menggambarkan detik-detik bersama Sunlight. Peraduan ini adalah anjuan blog Mek Chu. Gigih saya dan Hana Alesya berlakon, cuci pinggan dalam rumah pun pakai cantik-cantik :P

Alhamdulillah, rezeki saya dapat set Corningware.


Set Corningware pun dah selamat sampai ke rumah saya. Harga boleh tahan juga mahalnya.


Model Corningware tak bertauliah. Tumpang happy sebab ibu dapat  hadiah. Nanti ibu kena masak sedap-sedap.


Terima kasih Sunlight dan juga Mek Chu yang menganjurkan peraduan ini. Saya suka!

Thursday, September 13, 2012

Tolong Atuk Membersihkan Kubur

Sebenarnya aktiviti ini dibuat sebelum start bulan puasa lagi. Haziq dan abahnya Huzein ikut Atuk ke kubur arwah moyang Haziq. Saya tak ikut sana. Gambar-gambar diambil oleh Huzein.

Sibuk nak ikut padahal belum mandi. Muka masam, tapi semangat lebih.


Kawasan perkuburan ini memang semak sikit dan banyak rumput. Sebab tu kena bersihkan selalu kalau tidak nak jalan masuk memang susah.



Kubur arwah moyang Haziq.



Gigih betul kamu tolong Atuk ye!






Habis membersihkan kubur, siram dan taburkan dengan bunga.


Disusuli dengan doa semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insyallah.

Kalau ada peluang saya pun nak ikut melawat suatu hari nanti. 

Wednesday, September 12, 2012

Wehoo, Hadiah!

Sila jangan boring. Saya suka nak cerita pasal hadiah. Saya suka dapat hadiah!

Ini dapat dari Lips Smacker. Contest di Facebook. Comel je bekasnya.


Hadiah dari majalah Seri Dewi dan Keluarga. Dress dari Butik Mama. Dapat 2 helai. Nasib baik muat kedua-duanya. Masa buka takut ketat.


Yang ini bolehla kot kalau nak pakai pergi jalan-jalan.


Yang ini jangan harap saya pakai pergi jalan-jalan. Seksi sangat!


Beg dan buku nota dari Panasonic Asia. Dihantar jauh dari Singapura.


Hadiah saguhati untuk Peraduan berbuka puasa bersama Yuna anjuran Olay Malaysia. Berangan nak dapat iPad. Tapi dapat saguhati saja. Takpelah, itu saja rezeki saya.


Produk Olay bernilai RM100.


Hamper Bio-Oil bernilai RM100 dari majalah Her World. Ada termos, minyak Bio-Oil saiz besar dan note pad.


Ini hadiah dari radio Era. Hari tukan saya ada ceria tentang peraduan Horlicks yang kena buat ucapan kepada yang tersayang. Suara saya keluar radio.

Hadiahnya wang bernilai RM100.00 dan 2 hamper Horlick untuk saya dan Haziq, sebab ucapan itu adalah untuk Haziq Fahmi. Banyak juga barang dalam hamper tu. Ada t-shirt, Oats Fibre dan Pedometer.


Syukur!

Tuesday, September 4, 2012

Celebrate B'day Hana Alesya

28 Ogos 2012 genap usia Hana Alesya 3 tahun. Kami sekeluarga celebrate kecil-kecilan sahaja di Secret Recepi. Lepas Maghrib baru keluar rumah.

Sementara menunggu hidangan sampai, saya ambil gambar anak-anak. Comel je Hana Alesya mengempeng sebelah abahnya.



Maka bermulalah aksi-aksi ngeri. Macam-macam gelagat dibuatnya.



Oh, ibu siapakah itu?


Mula-mula kek sampai. Malas nak beli kek besar-besar. Kejap lagi kenyang makan, kek pun tak sentuh dah. Beli kek ni pun ambil syarat nak celebrate birthday sahaja. Saya minta staf di Secret Recepi letak lilin dan pasangkan.

Huish, sangat teruja ok. Tersenyum simpul dapat kek ada lilin.




Tiba-tiba makanan sampai. Haziq terus baca doa nak makan. Hana Alesya pun berdoa sama.


Lepas tu sambung menyanyi lagu Happy Birthday.


Teruja sangat-sangat. Senyum saja sepanjang masa.



Tu dia makanan. Nyum, nyum. Alhamdulillah, habis semuanya.




 Hana Alesya excited nak makan kek, tak mahu makan yang lain dulu.



Selesai makan, anak-anak meronda sekeliling Secret Recepi. Tak reti nak duduk diam. Alhamdulillah, itu tandanya mereka sihat dan aktif. Budak yang cergas dan cerdas adalah bijak. Walaupun saya letih melayan, tapi saya tetap bersyukur.



Gaya K-Pop dari Hana Alesya.



Yang tak celebrate birthday pun posing bukan main.


Happy Birthday Hana Alesya. Semoga sihat dan ceria selalu. Jadi anak yang solehah.