Friday, October 12, 2012

Baby Carrier Baru?

Ini bukan keterujaan menyambut Intrenational Babywearing Week 2012 tapi saya rasa saya perlu ada satu Soft Structure Carrier (SSC) dalam simpanan. Bila Farid kawan saya buat tawaran untuk tukar dengan SSC dia, saya terus ajak dia tukar dengan Ring Sling saya.

Inilah SSC baru saya. Saja suka-suka, lagipun saya baru dapat anak saudara baru. Maybe adik saya boleh pakai SSC ini nanti. Kalau suruh pakai Mei Tai takut susah nak belajar pakai pula.


Ini anak saudara saya, Umar. Comelkan. Tapi dia masih lagi di Australia. Insyallah, Raya Haji ni baliklah dia ke Malaysia. Tak sabar nak gomol. Bau baby kecil sangat sedap. Bersiap sedia kamu Umar...hehehehehe

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid Abdullah Fahim dibuka dengan rasminya pada hari Khamis, 11 Oktober 2012. Hari ini 12 Oktober 2012 diadakan solat Jumaat pertama kalinya di sini. Haziq memang sangat teruja bila Huzein bagitahu nak bawa dia solat Jumaat di masjid baru.

Masjid ni memang cantik sangat senibinanya. Tersergam indah. 



Antara jemaah yang hadir untuk solat Jumaat.


Ini muka budak yang sangat teruja dapat ikut bersolat di masjid baru. Dia ke masjid berpakaian sekolah. Kalau pakai baju melayu takut tak sempat sebab lepas balik masjid kena bergegas ke sekolah pula. Haziq bersekolah sesi petang. Sebelum dia keluar ke masjid saya sempat berpesan, jangan lupa doa untuk ibu. Entah ingat atau tidak.


Insyallah, bila berkesempatan, saya pun teringin nak bersolat di Masjid Abdullah Fahim ini. Memang cantikkan masjid ini. Boleh jadi mercu tanda di Kepala Batas. Dengan kemudahan yang selesa, insyallah ibadat pun dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.


Gambar kredit to Dhya Photography. 

7 Tahun Saya Bergelar Ibu

8 Oktober 2012 genap umur Haziq Fahmi 7 tahun. Ini bermakna genaplah 7 tahun saya bergelar ibu. Sepanjang bergelar ibu, tak pernah saya buat majlis harijadi anak-anak. Cuma buat sambutan kecil-kecilan sahaja.

Hari minggu yang lepas kami sekeluarga keluar tengok wayang cerita Hotel Transylvania makan-makan di The Manhattan Fish Market sempena meraikan Haziq Fahmi.

Tengok Huzein Fahmi, abah yang sangat cool walaupun anak-anak sedang membuat huru-hara.



Entah apa jenis posing ni pun tak tahulah.


Teruja anak-anak tengok akak ni membakor.



Inilah hasil kebakaran tadi. Apa tunggu lagi, jom serbu. Jangan di tanya apa menu ini, saya pun tak ingat. Yang pasti habis licin, makan tak habis berdosa.



Apalah maknanya sambutan hari lahir tanpa kek. Malam itu, kami semua makan kek. Saya beria suruh Haziq pilih kek Angry Bird tapi dia nak juga-juga kek yang ada bot ini.


Mari tengok muka orang teruja nak potong kek.




Happy Birthday Haziq Fahmi. Semoga jadi anak yang soleh, bijak dan disayangi oleh semua. Jangan suka menangis sangat (Er...ikut perangai siapalah tu?)

Thursday, October 11, 2012

Hari Sukan Haziq, Tapi Saya Tak Pergi :(

Sedih jugalah sebab tak dapat pergi Hari Sukan sekolah Haziq Fahmi. Ini kerana Hadif demam campak dan saya menemaninya di rumah. Cuma Huzein dan Hana Alesya pergi memberi sokongan. Saya cuma dapat tengok suasana dari gambar-gambar yang Huzein ambil.


Suasana di stadium pada awal pagi. Matahari pun dah mulai naik.


Ini budak bukan mandi pagi. Ingatkan dia tak mahu ikut. Bila tengok abahnya bersiap-siap nak keluar, dia pun merengek sama nak ikut. Jadi, pergila dia dengan tak mandi pagi. Nasib baik comel, boleh cover busuk masam.


Seperti biasa, acara sukan mesti ada perarakan setiap rumah. Haziq berada dalam rumah merah.





Haziq masuk acara lumba lari.


Cepat abang! Hana Alesya beria-ria beri sokongan.



Muka orang tersenyum gembira sebab dapat pingat.




Ewah kamu, ciwi ye? Siap tayang pingat lagi tu.



Eh, ada lagi gambar tayang pingat.


Insyallah, tahun depan kalau ada sukan lagi saya tak mahu ketinggalan memberi sokongan. Tengok kamu serononk dapat pingat, ibu pun tumpang bangga.

Wednesday, October 10, 2012

Hadiah Minggu Lepas

Alhamdulillah, hadiah kecil-kecilan yang saya terima sepanjang minggu lepas. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai satu tanda kepuasan bila usaha kita membuahkan hasil.

Voucher penginapan hotel dari The Zenith Hotel. Menang dari majalah Wanita. Insyallah, cuti sekolah baru boleh pergi.


Losyen dari majalah Pa&Ma sempena Hari Ibu. Lama sudah peraduannya, bulan Mei 2012 tapi baru sekarang hantar hadiah.



Beg kertas besar bukan main. Isinya losyen seketul sahaja.


T-shirt dari website Biar Betul. Website ini mempromosikan susu tepung Dutch Lady perisa coklat yang baru. Ingat nak beri pada Huzein tapi saiz M. Jadi terpaksalah hadiah kepada diri sendiri.



Hamper Sumber Ayu dari Asia Media TV. Harga hamper dalam RM100.00. Memang banyak barangnya. Harus lepas ni kena rajin berlulur.


Hamper Mythic Oil dari Majalah Eh!. Hamper bernilai RM232.00.


Lampin pakai buang Whoopee dari peraduan di Facebook Whoopee. Menang hadiah saguhati.


Usaha tangga kejayaan. Lepas ni mahu memang hadiah besar-besar! Doakan saya.


Campak Situ Sana Sini

Bagaikan mimpi ngeri bila balik dari kerja, ambil anak di Tadika dan cikgu bagitahu dia kena demam campak. Memang tak ada tanda-tanda lansung seperti demam atau bintik-bintik di badan, tiba-tiba saja kena. Berjangkit dari kawan-kawan di Tadika. Dengan cikgu sekali ada yagn kena. Terus gelabah sebab ini pengalaman pertama.

Balik rumah terus periksa seluruh badan Hadif. Campak jenis besar dan pada masa ni belum lagi banyak. Sekali tengok macam ruam pun ada.


 

Langkah pertama yang saya buat adalah mencari air kelapa. Air kelapa diminum tanpa di campur gula ataupun ais. Bertujuan untuk bagi campak keluar habis. Macamana nak tahu campak dah keluar habis? Dari atas kepala hingga ke hujung kaki sudah nampak campak, maknanya dah keluar habislah tu.

Jadi langkah seterusnya yang saya buat adalah mencari daun Mambu. Nasib baik ada pokok daun ni di kawasan perumahan saya. Inilah rupa daun Mambu. Daun Ini akan direndam dalam air mandian. Caranya mandi seperti biasa, selepas habis mandi, jirus badan dengan air rendaman daun Mambu. Jangan lupa tapis dulu. Kata mak saya, daun Mambu untuk mengelakkan gatal-gatal akibat campak.


Lepas mandi saya lumurkan badan anak dengan bedak muntah belut. Kalau tak guna bedak sejuk/bedak muntah belut, calamine lotion yang doktor beri pun boleh juga. Tapi Hadif tak suka bau calamine lotion, dia kata busuk. Bedak muntah belut saya beli online di blog Diari Alya dah lama dah. Nasib baik ada dalam simpanan, boleh terus pakai. Canggih zaman sekarang ye, semua benda nak order online :D

Duduk di rumah pakai seluar sahaja, tak pakai baju.


Tengok muka kesian saja. Masa ni campak sudah keluar semua dan ada yang sudah kering.


Antara yang saya elakkan semasa Hadif demam campak:-
> Saya tak bagi Hadif terlalu aktif. Main boleh tapi elakkan main sampai berpeluh-peluh. Kalau berpeluh, potensi badan untuk gatal-gatal sangatlah besar.
> Mak saya dan mertua saya pesan jangan kena hujan. Kalau kena hujan, parut campak akan jadi berlubang.
> Saya elakkan keluar rumah. Kalau berpanas nanti gatal-gatal. Kalau terkena hujan nanti parut berlubang. Jadi baik duduk di rumah saja.
> Elakkan makanan yang boleh bagi gatal. Tapi ayam memang tak boleh nak elak sebab biasanya itu yang anak-anak makan. Bagi juga dia makan, tapi tak boleh banyak-banyak. Doktor bagi petua suruh minum sup ayam. Jadi saya buatkan sup ayam untuk Hadif. Ayamnya saya bagi makan juga tapi sikit saja.

Tetapi perkara yang paling mencabar bila anak kena demam campak adalah mengelakkan anak-anak yang lain juga kena. Jadi, Hadif terpaksa tidur berasingan ditemani saya atau abahnya. Selain tu saya tak bagi Haziq dan Hana Alesya dekat selalu dengan Hadif. Main dan makan pun tak boleh berkongsi sama. Kesian juga dengan Hadif tapi nak buat macamanakan. Alhamdulilah Haziq dan Hana Alesya tidak terjangkit sama.

Ini gambar terbaru Hadif. Masih ada lagi kesan demam campak. Saya masih lagi perlu tempek bedak muntah belut di muka dia tiap malam. Harapnya parut semua akan hilang selepas ini.

Monday, October 8, 2012

Surat Pembaca Majalah Jelita Oktober 2012

Salah satu majalah yang menjadi kegemaran saya adalah majalah Jelita. Tetap setia beli sampai sekarang. Jadi koleksi di rumah pula.

Ini majalah Jelita keluaran Oktober 2012.


Untuk keluaran Oktober 2012, surat yang saya hantar telah tersiar di ruangan surat pembaca.


Inilah bukti saya peminat setia majalah Jelita. Ini baru separuh saja. Ada banyak lagi. Kenapa diikat? Sesungguhnya sangat sedih bila terpaksa mengambil keputusan untuk menjual koleksi majalah Jelita saya yang lama-lama kerana berpindah rumah.


Untuk surat pembaca yang tersiar akan menerima hadiah istimewa daripada majalah Jelita. Kita tunggu sajalah apa hadiahnya nanti.


Leka membelek-belek majalah ini, saya terbaca advetorial mengenai kempen Horlicks di radio Era.


Wah, wah.... terselit juga nama saya di situ. Sebelum ini saya ada bercerita tentang suara saya yang keluar di radio Era dan telah memenagi RM100 dan hamper daripada Horlicks.


Nak juga tempek di blog walaupun terselit nama saja dalam artikel ini :D