Thursday, November 29, 2012

Pesta Buku

Kegilaan saya terhadap buku sampai sekarang tidak pernah padam. Saya baca apa-apa saja bahan bacaan asalkan menarik. Buku, majalah dan kadang-kadang brosur pun saya belek baca.

Ini adalah sebahagian (er... suku kot) koleksi buku-buku saya. Ini yang saya letak di pejabat. Di rumah ada juga. Saya bercita-cita nak buat mini perpustakaan di rumah. Insyallah, pasti ada suatu hari nanti.

Antara yang ada dalam koleksi adalah novel, buku masakan, buku motivasi, keagamaan dan komik pun ada. Ada yang saya beli, hadiah dari kawan dan ada yang saya dapat hasil kemenangan dari peraduan yang saya masuk.


Sukanya saya kerana hari Sabtu ini akan bermulanya Pesta Buku Pulau Pinang di Perpustakaan Seberang Jaya. Tahun lepas saya pergi tapi tak banyak yang saya beli. Tahun ini saya lebih bersiap sedia dengan senarai buku yang saya mahu. Lagi best sebab ada diskaun yang banyak. Sesiapa yang tinggal berdekatan, jom sertai saya.



Bagi yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam boleh ke Jualan Gudang Karangkraf. Pastinya banyak tawaran menarik. Lebih-lebih lagi novel terbitan Alaf 21 yang memang best-best belaka.


Nasib baik saya jauh. Kalau tidak, harus saya terjah juga.

Wednesday, November 28, 2012

Katak Sesat Di Pelancaran Bertam Lakeside

Majlis Pelancaran Bertam Lakeside telah diadakan pada Sabtu lepas. Kalau tidak kerana Hadif terlibat sama, macam malas saja nak pergi.


Orang yang datang taklah ramai sangat. Yang meramaikan cuma ibu dan bapa anak-anak yang terlibat dengan peraduan mewarna dan persembahan.


Hadif masuk peraduan mewarna. Suka-suka saja. Warna pun tak habis sebabnya sibuk bersembang dengan kawan di sebelah. Masa yang diberi hanya 1 jam dan lukisan pun besar sangat. Ramai budak-budak kecil tak warna habis. Mungkin sebab bosan dan jemu nak habiskan.





Ini budak sudah pandai posing sambil buat gaya flying kiss. Entah belajar dekat mana entah.



Lepas selesai aktiviti mewarna, Hadif dan kawan-kawan tukar baju, bersiap sedia untuk acara persembahan. Bila dia keluar dari bilik persalinan, tengok dia pakai baju katak yang comel ni.



Hadif dan kawan-kawan.



Semua bergambar beramai-ramai dengan cikgu.



Hadif dan Hana Alesya. Haziq tiada. Dia berada di kampung, tinggal bersama Opah dan Atuk. Insyallah minggu depan saya akan pulang ambil dia di sana. Hati ni dah teringat-ingat dah. Tadi telefon bercakap dengan dia pun dah rasa sebak (Oh, saya sangat sensitif :P )



Antara persembahan yang dipersembahkan oleh anak-anak kecil. Comel-comel belaka. Ada persembahan tarian, nyanyian, azan dan juga hafaz Al-Quran.









Ini persembahan dari Hadif dan kawan-kawan. Tak ingat tajuk lagunya, tapi berkaitan dengan katak panggil hujan.






Selesai persembahan, kami duduk makan sambil melihat anak-anak yang menang dalam pertandingan mewarna ambil hadiah. Hadif makan apom ladybird. Comel dan sedap.


 Hadif dapat saguhati saja. Ada fail yang diisi dengan buku, pensel warna dan kotal pensil. Bagi dia tak kisah dapat hadiah apa, yang penting dapat hadiah. Seronok bukan main lagi.


Ok, jom balik.

Peraduan Mewarna Malaysian Babywearers

Sempena cuti sekolah, apa kata bagi anak-anak anda turut serta dalam peraduan mewarna anjuran Malaysian Babywearers. Kalau berminat, sila terjah Facebook Malaysian Babywearers ok.

Saya beria nak suruh Haziq masuk, tapi yang lebih berminat nampaknya Hadif. Beria dia mewarna, Hana Alesya kacau pun kena marah.



Ini hasil kerja Haziq. Warna sekerat jalan. Selebihnya jadi bahan contengan Hana Alesya.


Jom masuk ramai-ramai. Peraduan mewarna ini dilanjutkan sehingga akhir bulan Disember. Sempat lagi kalau nak masuk.

Menaiki Komuter

Ini aktiviti suka-suka, saja nak bagi pengalaman pada anak-anak naik komuter. Lepas makan di Tony Roma's kami berjalan kaki ke komuter untuk naik train ke KL Sentral. Harga tiket hanya RM1 sahaja sehala. Perjalanan pun tersangatlah dekat. Belum sempat panas punggung, dah sampai. Dari Mid Valley kami ke KL Sentral dan patah balik semula ke Mid Valley.



Sabar menanti komuter sampai.


Saya dan Hana Alesya di dalam komuter. Eh, pakwe K-Pop mana yang sesat ni?


Anak-anak asyik menonton kartun Tom & Jerry yang ditayangkan di dalam komuter.


Kebanyakkan yang menaiki komuter adalah rakyat asing. Penuh dengan mereka sahaja. Rakyat Malaysia adalah beberapa kerat sahaja.

Satu pengalaman yang saya dapat, memandangkan lelaki tak boleh naik dalam coach wanita kami dengan gigihnya berjalan lagi ke depan untuk naik coach yang campur lelaki dan wanita. Belum sempat sampai naik, komuter sudah jalan. Geram pun ada. Kalau tahu ajak je Huzein dan anak-anak naik dalam coach wanita. Nasib baik suka-suka saja naik, kalau hari-hari, mahunya geram. Patutlah ada lelaki yang buat muka tak malu masuk saja dalam coach wanita.

Tony Roma's Mid Valley

Tak terfikir pun akan masuk ke Tony Roma's suatu hari nanti. Bila ronda-ronda di Midvalley, nampak je Tony Roma's terus Huzein ajak makan di sini. Saya dan anak-anak mengikut saja.



Tempatnya memang ekslusif dan terkenal dengan menu utamanya steak.




Sambil menunggu Hadif main game dalam telefon Huzein. Kira sampai guna habis semua jari.


Akhirnya makanan sampai. Ini untuk anak-anak.


Pasta udang. Sedap!


Ini Huzein punya.


Saya punya, yeay!


Makanan di sini, alhamdulillah sedap-sedap belaka. Sesuai sangatlah dengan harganya.



Saya seorang ibu, sambil makan sibuk lagi tengok anak-anak makan. Kalau boleh nak semua makan dan kenyang.