Thursday, December 20, 2012

8 Tahun Mencipta Bahagia

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke-8 kami bersama di alam rumahtangga. Rasa macam sekejap saja, tiba-tiba dah ada 3 orang anak.

Gambar sebelah kiri, masa baru berkahwin. Sebelah kanan gambar sekarang. Ada banyak beza tak?


Jadi sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-8 kami keluar dating bersama. Kononnya nak pergi tengok wayang dan makan-makan. Akhirnya tak jadi tengok wayang sebab keluar rumah lewat. Nak makan di Evergreen Laurel Hotel, malangnya hotel tak buat buffet untuk lunch pada hari itu. Kalau nak akan kena order. Terus batalkan hasrat dan pergi makan di Chili's di Gurney Plaza.

Ya, itu kami sedang dating berdua.


Ya, kami berdua dating di Chili's.


Ini pertama kali kami makan di Chili's.


Dimulakan dengan ayam goreng ini. Rasanya biasa-biasa saja.


Steak buat saya. Tajuk steak New York kalau tak silap. Komen Huzein, tak boleh lawan dengan steak Tony Roma's. Tony Roma's steak terbaik.


Ini Huzein punya. Pun rasanya boleh tahan sajalah. Fries tak berapa fresh, kecut. Jagung pun sama.


Kesimpulan, lunch hari tu tak berapa best. Tapi makan habis licin sebab lapar sangat.

Walaubagaimanapun, dapat menghabiskan masa separuh hari bersama Huzein sudah cukup berbaloi. Bukan buat apa pun, cuma bersembang-sembang kosong. Kadang-kadang bila ada anak bersama tak dapat tumpu perhatian lebih pada suami, kena layan anak.

Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan ke-8? Saya dah cakap sendiri pada tuan badan. Harapnya dia happy dengan saya. Doakan kami.

Wednesday, December 19, 2012

Garam Arab

Garam Arab ni sangat best. Rasa biasalah macam garam yang lain, masin. Tapi letak dalam bekas macam ni, mudah digunakan. 

Saya mula diperkenalkan dengan garam ini oleh bapa mertua saya. Dia beli semasa menunaikan umrah. Memang menarik. Dan baru-baru ini bila saya ke kampus USM di Pulau Pinang saya terjumpa garam ini di kedai bersebelahan masjid USM. Kedai tersebut merupakan kedai yang menjual produk dari sebelah Arab sana. 



Teruja pula saya bila jumpa garam ini di kedai tu. Terus beli 3 botol bawa balik rumah. Harga sebotol RM2.50 saja. Murahkan!


Hadiah!

Rasa macam lama saja tak update hadiah. Alahai, dapat pun hadiah kecil-kecilan sahaja.

Novel Untuk Tiga Hari daripada Popular Bookstore. Memandangkan sekarang ini tengah gila membaca novel, jadi dapat hadiah novel sangatlah seronok. 


Voucher RM10.00 Old Town White Coffee dari Peraduan Variarasa Sunquick. Ini merupakan kali kedua saya menang voucher ini. Lepas ni macam dah malas nak masuk sebab T&C nak guna voucher ini macam-macam sangat.


Buku masakan Florence Tan dari Facebook Food. Macamlah gigih sangat nak memasak.


Apron Baba's dari Facebook Baba's. Saya dapat 4 apron ini atas nama saya, Huzein, mak mertua dan adik ipar. 


Menang produk Sunsweet dari Facebook Sunsweet. Walaupun satu peket sahaja tapi seronok juga sebab percuma. Rasa pun sedap!



Shawl dan pin shawl dari Kittyshawl. Ini saya menang dari peraduan dalam Majalah Wanita. Shawl comel warna pin bercorak reben. Macam tak sesuai sangat dengan usia senja saya :D


Pin shawl pun comel sangat, aduh memang tak sesuai rasanya dengan saya.


Voucher RM100 dari Peraduan di website Wacoal. Best ni, boleh beli produk Wacoal yang boleh tahan juga harganya.


Itu sajalah hadiah yang saya dapat. Tahun depan kena lebih cergas lagi. Hujung tahun ni saya macam tak berapa aktif sangat masuk peraduan, mungkin sebab sibuk uruskan hal sekolah anak-anak dan kerja. Insyallah, tahun depan ada rezeki yang lebih banyak untuk saya. Doakan saya ok!

Menikmati Meatball Ikea Di Rumah

Meatball Ikea, salah satu kegemaran saya. Kalau pergi KL, mesti nak singgah di Ikea makan meatball. Tapi nak makan, punyalah hazab nak beratur dan berebut meja. Ramai sangat orang.


Jangan risau, anda kini boleh menikmati meatball Ikea di rumah! Ada jual di Ikea, bawa balik ke rumah dan masak saja. 

Ini adalah meatballnya.


Jangan risau sebab memang halal.


Meatball ini saya masak dengan cara kukus. Keluarkan dari peti ais dan terus kukus.


Ini serbuk untuk kuah. Masak kuah pun senang. Cuma tambah air dan susu. Biasanya saya guna susu Dutch Lady kotak.


Jem ini pun ada dijual.


Kalau nak murah, boleh beli ketiga-tiga produk ini (meatball, kuah dan jem) yang dijual secara pakej.

Nak nampak lagi macam hidangan meatball di Ikea, boleh masak sekali kentang goreng sebagai tambahan. Saya suka kentang goreng jenama Simplot sebab tebal dan bila goreng kentangnya tidak mengecut. Lebih puas makan. 


Kentang goreng saya masak menggunakan airfryer. Keluarkan kentang dari peti ais. Masukkan dalam airfryer. Letak minyak sedikit (dalam 1 sudu) dan goyangkan airfryer, supaya minyak kena pada ke semua kentang. Dah boleh goreng. Dalam 18 minit, kentang goreng pun siap. Mudah bukan?


Tadaaaa.... inilah hasilnya. Nampak macam hidangan di Ikea? Tapi pinggan hidang je tak berapa cantik. Pinggan cantik semua ada di rumah Kulim. Carrot pun saya kukus, selepas selesai mengukus meatball. Nak lagi best, boleh kukus brokoli dan masukkan dalam hidangan.


Dimasak dengan penuh kasih sayang. Selamat mencuba!

Gambar Di Kidzania

Gambar-gambar ini adalah gambar anak-anak di Kidzania yang telah saya beli. Ini versi yang saya download dari link yang telah diberikan oleh KidZania. Mahal, RM20 sekeping. Nasib baik dia beri softcopy.

Haziq sebagai pembuat burger.


Haziq sebagai Pilot.


Hadif Syahmi sebagai krew TV, bekerja di belakang tabir.


Hadif Syahmi sebagai Pilot.


Hana Alesya sebagai krew TV.


Hana Alesya sebagai model, disolek oleh Jurusolek.


Comel-comelkan gambar ni. Bolehlah simpan buat kenangan. Ada rezeki memang nak pergi Kidzania lagi. Hari tu pergi tak puas sebab tak dapat cuba semua permainan, maklumlah cuti sekolah dan ramai orang.

Monday, December 17, 2012

Kenduri Aqiqah & Naik Buaian Baby Umar

Peristiwa minggu lepas, kenduri aqiqah dan naik buaian Muhammad Umar Alrazin. Kalau sebelah Huzein, ini merupakan anak saudara kami yang ketiga. 

Comel tak buaian? Bersungguh-sungguh hiaskan buaian ini bersama adik ipar dan biras saya. Kemudian buat goodie bag untuk tetamu. Seronok pula sebab dah lama tak buat kenduri. 



Kumpulan marhaban ini memang terbaik, 1 jam tak berhenti.


Saya, Haziq, Hana Alesya dan Iman mengaminkan doa.


Haziq mengambil alih tugas membuai baby Umar. Ada ciri-ciri bapa mithali ni.



Acara cukur jambul. Tak cukur pun, gunting sikit saja rambut baby ambil syarat.


Opah.


Atok.


Ini orang kuat ni, hahahahaa....


Anak siapalah yang rajin sangat ni?


Selepas selesai acara cukur jambul, giliran ahli masjid membaca doa.


Haziq yang rajin mengumpul buah rambutan untuk diberi kepada tetamu.


Projek mengumpul rambutan bersama dengan Iman.


Ini antara tetamu yang hadir. Gembira menjamu selera sambil bersembang. Maklumlah ada yang jarang berjumpa.


Oh, budak rajin sudah lapar. Pandai layan diri.


Seronok kenduri, walaupun penat dan letih.