Friday, January 4, 2013

Benefit Oh! Benefit

Kebelakangan ini saya jadi gilakan produk Benefit. Ya, saya memang tak make-up dan memang tak pandai sangat pasal make-up. Cuma pakai bedak dan gincu sahaja. Lepas pergi ke Bengkel Terampil Diri anjuran Mingguan Wanita saya teruja nak bermake-up. Tapi serius, tak tahu nak start dari mana.

Bila ada kawan cadangkan pada saya untuk beli make-up kit dari Benefit terus saya google dan dengan gigihnya saya ke kaunter Benefit di Parkson Gurney Plaza.

Make-up kit untuk lip & cheek ini ada 3 pilihan iaitu Feeling' Dandy, Sugarlicious dan Go Tropicoral. Hajat di hati nak beli Sugarlicious. Tapi di kaunter Benefit Parkson Gurney Plaza sudah habis. Yang ada cuma Go Tropicoral, jadi saya ambil yang itu. 



Tak pandai nak pakai? Jangan risau, dalam kit ini juga disertakan langkah demi langkah untuk pakai semua produk dalam kit ini. Bestkan? Saya yang tak berapa yakin ni minta Sales Assistant dekat kaunter Benefit tempek di muka saya. Serius, terus jadi berseri-seri.


Eh, takkan beli itu saja? Haruslah tengok-tengok barang lain. Sales Assistant suggest saya untuk beli kit yang ini pula. Semuanya complete termasuk foundation, concealer dan bedaknya sekali. Langkah demi langkah untuk pakai juga disertakan. Cermin pun ada juga!

Ada 2 jenis; light, medium dan deep. Saya pilih medium.




Sesambil tu ambil phamplet dari Benefit bawa balik. Boleh belek-belek di rumah.


Dan tiba-tiba macam teringit set she's so... jetset!


Tapi, Gurney Plaza jauh. Bila tahun lagilah dapat pergi. Kalau pergi mungkin set ini sudah habis sebab limited edition. Huwaaaaa!

3 comments:

Alia Adams said...

Selalu tertukar Benfit dgn Stila sbb nampk lebih kurang sama.

Mama Zharfan said...

sakan u bershopping make up tu :)

Aishah Megahasz said...

Alia: Mesti pandai make-up ni. Saya masih lagi terkial-kial menyapu blusher....heheheh

Suzie: Oh, ada lagi ni...belum masuk kunjungan ke kaunter Loreal dan berus make-up. Hish..hobi perabih duit sungguh :P