Friday, January 11, 2013

Bila Sekolah Dibuka

Tahun ini, Haziq Fahmi sudah masuk darjah 2. Wah, tiba-tiba rasa dah tua sebab anak dah besar. Alhamdulillah, tahun ini Haziq berada di kelas no. 1. Tahun lepas kelas no. 2. Saya pesan pada dia supaya belajar lebih rajin sebab dalam kelas baru semua kawan-kawan lagi pandai.

Hadif Syahmi pula masih lagi di tadika yang sama. Sekarang dia sudah 5 tahun.


Bila sekolah dibuka, perkara yang paling membosankan bagi saya adalah menggosok baju. Biasanya saya kena gosok baju tadika Hadif, baju sekolah Haziq, baju sekolah agama Haziq dan baju kerja saya. Kadang-kadang kena gosok baju untuk Huzein sekali. Rasa macam buka kedai dobi saja.

Lagi yang paling tahan bila tengok baju sekolah Haziq yang putih bersih itu tidak lagi bersih. Terpaksa rendam dan berus untuk bersihkan. Nama pun anak lelaki, haruslah lasak. Apa kelaskan kalau baju maintain kemas bersih sampai balik sekolah.

Redho sajalah ibu.

No comments: