Monday, January 7, 2013

Cop Nama Anak

Jadi ibubapa zaman sekarang bukan mudah, semua benda kena uruskan dan kena fikir. Mak dan abah saya dulu-dulu asal saya pergi sekolah sudah. Lain-lain benda tak pernah ambil pusing.

Saya dan Huzein semua hal berkaitan anak kena tengok-tengokkan. Maklumlah prihatin. Siap tolong anak balut buku sekolah lagi. Bab tulis nama diserahkan pada saya. Jadi dapat idea buat cop nama anak untuk memudahkan kerja. Bukan setakat buat untuk Haziq saja. Saya buatkan terus untuk Hadif dan Hana Alesya sekali. Boleh pakai sampai bila-bila. Satu cop harganya RM8.00.


Beginilah contoh bila dah cop dekat buku sekolah. Kalau ada 20 buah pun tidak menjadi hal. Cop saja! Mudah bukan?


Selamat mencuba.

No comments: