Friday, January 4, 2013

Hadiah Penutup 2012

2 bulan terakhir di tahun 2012 saya macam sedikit malas masuk contest. Masuk mana yang sempat sahaja. Rasanya hobi lebih terarah kepada membaca. Asyik memborong buku saja. Bila masuk Disember sibuk menguruskan hal sekolah anak pula.

Tapi ada jugala hadiah kecil-kecilan untuk saya. Rezeki juga tu.

Kalendar Limited Edition dari Benefit. Hadiah perlu diambil di kaunter Benefit. Di Pulau Pinang cuma ada satu di Gurney Plaza. Nasib baik ada kerja lain di Gurney Plaza, kalau tidak jangan harap saya nak pergi ke sana semata-mata untuk ambil kalendar ini. 


Kalendar cantik dan comel. Boleh letak di pejabat. Kebelakangan ini pula saya gilakan produk dari Benefit. Best-best semuanya.


Dapat maskara dari facebook Maybelline. Suka-suka saja masuk contest ini sebab rasa memang akan dapat peluang menang. Hadiahnya masckara untuk 3000 pemenang. Haruslah boleh dapat.



 Kad StarCash bernilai RM100 dari Caltex. Boleh jimat duit minyak.


Produk Si bunga Melur dari Mekar Candella. Saya minta dia buatkan cekak rambut untuk Hana Alesya. Hadiahnya belum sampai lagi.


Ok, itu saja!

No comments: