Thursday, January 3, 2013

Jakunnya Saya

Isnin lepas saya keluar dating berdua dengan Huzein. Kami berdua ke Gurney Plaza sebab nak ambil hadiah di kaunter Benefit. Dapat kalendar saja, tapi ada tujuan lain juga. Saya nak membelanjakan voucher Wacoal yang hanya boleh digunakan di Parkson Gurney Plaza. Jadi ada banyak tujuanlah ke Gurney Plaza.

Kami naik feri ke Pulau Pinang sebab lebih dekat ke Gurney. Pertama kali naik feri di bahagian atasnya bercampur dengan penumpang yang berjalan kaki. Biasanya kalau naik feri dengan kereta di bahagian atas, tidak bercampur dengan penumpang yang berjalan kaki. Ini pertama kali tau! 


Lepas ambil hadiah di kaunter Benefit, tibalah bahagian yang paling seronok. Membeli-belah dengan menggunakan voucher. Saya ke bahagian Wacoal di dalam Parkson. Pilih-pilih mana yang berkenan untuk dicuba. Bila saya pergi ke fitting room, terkejut tengok fitting room yang sangat besar dan selesa.

Ok, tiba-tiba rasa jakun. Saya sudah lama tak shopping di Parkson. Atau sebetulnya sudah lama tak shopping di kedai. Saya lebih selesa shopping online sebab susah nak memilih barang dengan anak-anak. 

Dalam fitting room disediakan juga kerusi dan meja. Memang sangat selesa!


Memandangkan ada cermin besar, saya ambil gambar sendiri. Ops, tak dapat tunjuk baju kecil dari Wacoal yang saya cuba. Nak mati??!!!


Gambar ini lebih manis. Saya suka sangat baju dan palazzo pants ini. Buat saya nampak kurus. Tudung tak berapa sesuai, sebab main rembat ambil pakai.


Sekian. Sila jangan muntah hijau!

4 comments:

Mama Zharfan said...

besarnya fitting room tu...heheh u tak berpeplum ker :)

Aishah Megahasz said...

Suzi: Belum jumpa lagi yang berkenan dihati. Kebanyakkan yang jual online fabric lycra dan free size. Malas beli free size, takut tak muat.

Tapi ada dapat hadiah 1, tunggu itu sampai dulu. Kalau sesuai pakai peplum boleh belila.

FiZ said...

best kan fitting room kat parkson gurney...besar dan sangat cantik plus selesa.kita nak amik gambar pon lbh brsmangat.hehe

Aishah Megahasz said...

Fiz: Betul tu.... nak tido pun boleh, selesa :D