Thursday, January 3, 2013

Kenduri-Kendara

Rasanya belum terlewat untuk saya ucapan Selamat Tahun Baru. Lagipun kita baru di minggu pertama tahun baru. Semangat masih berkobar-kobar untuk menunaikan azam masing-masing. Harapnya tahun ini segalanya akan lebih baik daripada tahun lepas.


Ini entry basi sebab kenduri-kenduri saya pergi adalah kenduri bulan Disember yang lepas. Ini kenduri anak sepupu Huzein, kira pangkat anak saudara kami. Cantikkan pelamin? Meriah dengan bunga-bungaan. Hantaran pun cantik. Hantaran zaman sekarang, bagi handphone letak dalam dulang. Canggih betul!

Acara akad nikah diadakan sebelah pagi dan malamnya kenduri di rumah untuk ahli keluarga.



Anak dara saya tertidur sepanjang berada di rumah kenduri. Maklumlah kenduri malam. Hana Alesya tak tidur siang, masuk saja dalam kereta terus sampai London. Apa jadi pada masa itu, sudah tidak ambil tahu.


Keesokkan harinya kenduri diadakan di dewan Sekolah Izuddin Shah, Ipoh. Awal kami sampai, kononnya nak menolong apa yang patut. Tapi semuanya telah tersedia, jadi datang makan sajalah. Maklumlah kenduri zaman sekarang, makanan disediakan oleh katerer.



Di dewan tiada pelamin. Yang ada cuma meja makan pengantin. Konsepnya lebih kurang pelamin yang dibuat di rumah.


Cantikkan?


Memandangkan tiada orang, saya berkesempatan ambil gambar anak-anak di depan meja makan pengantin. Macam-macam gaya yang mereka buat.


Untuk tetamu, door gift yang diberi adalah coklat Toblerone. Coklat mahal, sedap pula tu. Dapat terus simpan dalam beg, takut anak-anak habiskan :D



Budak ini susah betul makan nasi. Nasib baik ada bubur gandum.


Budak ini sibuk mengalahkan mak bapa pengantin. Beratur nak tengok pengantin sampai.




Hadif dan Hana Alesya menyibukkan diri tengok pengantin. Haziq sibuk main game di telefon Huzein.


Pengantin dihiburkan dengan paluan kompang dari Kumpulan Haderah Warisan.


Hadif siap duduk dekat-dekat nak tengok kumpulan kompang menyanyi.


Tiba-tiba dia ternampak Achik (bapa saudara Huzein). Terus teruja sebabnya inilah Atok Magic! Achik rajin melayan budak-budak ni, sambil tunjuk skil buat magic. Magic tipu-tipu tapi budak-budak ni cukup seronok tengok.


Kali kedua jumpa suruh buat magic lagi! Atok pun rajin melayan.


Next kenduri adalah kenduri adik kawan sepejabat dengan saya di Seberang Jaya. Menariknya sebab ada persembahan silat. Anak-anak saya biasalah, sibuk duduk dekat sebab nak tengok orang bersilat.




Paling tak tahan, Hadif sibuk meniru gaya orang bersilat. Belum pun orang habis bersilat saya ajak mereka semua balik. Apa taknya, kejap lagi mesti Hadif dah bertarung sama dengan semua pesilat di tengah dewan.

Letih ibu!

No comments: