Thursday, January 17, 2013

Peplum Bukan Untukku!

Ketika hati gigih nak mencuba baju Peplum, saya telah pergi ke RS Boutique di Tesco Seberang Jaya untuk mencuba. Kain memang best sebab tak strech macam lycra. Malangnya tinggal saiz 42 dan 44 sahaja. Tak dapatlah saya membeli sebab besar.


Kemudian hadiah satu set baju Peplum bersama skirt pun sampai. Belum pakai lagi sudah agak baju ni mesti melekap di badan. Bila dicuba, sah! Terus tak jadi nak simpan dan terus jual pada kawan. Bajunya cantik.


Siap diberi tali untuk ikat di pinggang kalau mahu.


Skirt pun cantik.


Rasanya Peplum bukan untuk saya. Huzein pun tak berapa berkenan saya pakai Peplum. Biarlah orang kata saya tidak mengikuti perkembangan fesyen semasa. Tak kisahlah!

5 comments:

syariza09 said...

utk sy pon rasa x sesuai, baju mcm ni byk yg kecik2 je

Mama Zharfan said...

memang kena cover dgn tudung sbb melekap kat bahagian b***** :) me dh biasa pakai dress--lebih kurang ajer dgn peplum--semuanya bergantung pd material :)

Aishah Megahasz said...

Syariza: Nak cari yang ada saiz memang susah. Free saiz banyak le... bukan muat pun :D

Suzie: Melekat tu yang tak best tu, cover dengan tudung pun rasa tak selesa. Jadi takyahla pakai...hahahaha

suzana said...

Hehe...bab fit2 melekap kt body..i pun xsuke...ahaakks

Aishah Megahasz said...

Suzana: Malukan...dah le cutting pun tak berapa nak cantik..hahahha