Friday, January 4, 2013

Peplum oh! Peplum

Wah..wah..ramai sekarang gigih berpeplum. Saya sebenarnya teringin juga :D. Tapi kebanyakkan yang jual online dibuat dari fabric lycra/cotton lycra. Silap gaya boleh melekat di badanku yang tak berapa cantik cuttingnya ini. Lagi-lagi banyak yang jual free size. Takut tak muat. Saya gemok :(

Kalau boleh nak cari dari fabric cotton/cotton denim dan boleh pilih saiz. Hari tu jenuh menggoogle jumpa di El Zahraa Outlet. Sayangnya banyak dah habis dibeli orang. Harga pun boleh tahan mahal. Cantikkan warna hijau ni? 


Ini pula koleksi Peplum di RS Boutique yang terletak di Tesco Seberang Jaya. Katanya ada saiz. Saya ambil gambar ini di facebook RS Boutique. Kalau berkesempatan ke Tesco memang saya nak pergi tengok dan cuba. Kalau pakai cantik baru boleh beli.


Dalam sibuk-sibuk google baju peplum tiba-tiba terperasan nama sendiri menang satu set baju peplum dan skirt dari Purse Lover Online. Bila masa masuk pun tak ingat, main share saja. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak ada baju peplum. Tapi baju ini free size. Walaupun ditulis muat sampai XL tapi saya masih ragu-ragu, muatkah baju itu dibadanku? Takpe, kita tunggu sajalah bila sampai nanti.



Ini pilihan saya, baju peplum warna dark blue dan skirt warna biru juga.



Harapnya muatlah di badan. Atau, kena kuruskan badan semata-mata nak pakai baju peplum......hahahahaha

6 comments:

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

tahniah kak.

muat tu...dun wori....

:)

Aishah Megahasz said...

Eimy: Harap-haraplah....rasa macam gemok je sekarang :D

Nad @ MamaZN said...

muat tu kak....
(sedapkan hati =P)

Aishah Megahasz said...

Nad: Ya...kalau tak muat, kuruskan badan...hahahaha

Rozy said...

tebgok tu!!
menang lagi...
ecah ada hembus apa2 sama kot...asik bertuah jaa...huhuhu

Aishah Megahasz said...

Rozy: Orang hembus dapat baby, Aishah hembus dapat rezeki baju...muhahaha