Tuesday, January 15, 2013

Puncak Mutiara Cafe

Ini merupakan kunjungan kali ketiga saya ke Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Kami keluar rumah sebelum Maghrib, sampai saja sudah masuk waktu. Jadi singgah sekejap di masjid berhadapan dengan Kampung Pelet untuk solat Maghrib.


Puncak Mutiara Cafe sangat popular dengan hidangan kambing. Tempatnya sangat luas dan selesa juga. Ini pintu masuk ke dalam Puncak Mutiara Cafe. Haziq bergaya ala-ala ahli bina badan :D


Wah, bukan main lagi. Sekarang sudah ada swimming pool. Dah malam-malam ni malas nak menjenguk di mana swimming poolnya. Lagipun perut dah lapar.


Kawasan sekitar Puncak Mutiara Cafe. Kalau ke sini, boleh pilih tempat duduk sama ada berhawa dingin, duduk di lantai, di puncak tinggi. Pendek kata semua pun boleh. Hidangan yang ada di sini pun pelbagai. Dari kambing, ayam, daging, ikan, arnab pun ada.









Kami pilih duduk makan di dalam pondok sambil bersila.



Sambil-sambil tu anak-anak melihat kucing yang kebetulan memang tinggal di sekitar kawasan Puncak Mutiara Cafe.


Selepas mengambil pesanan kami diberikan kad seperti ini. Kad ini akan diberi semasa membuat bayaran.


Ok, makan time. Cepat juga hidangan sampai. Ini Lamb Chop.


Ini Huzein punya. Nama tak ingat, tapi kambing.


Chicken Wing.


Haziq merasmikan Chicken Chopnya. Sebelah kanan adalah Fish & Chips.


Tu dia, meriah betul makanan.


Selesai makan, bayaran dibuat di kaunter bayaran. Jangan lupa bawa kad berwarna merah tadi. 


Lepas tu boleh jalan-jalan di sekitar Puncak Mutiara Cafe. Biasanya anak-anak suka melihat ikan di kolam.



Ibu, tengok tu! Tengok apa, cuba teka?


Inilah yang Haziq tunjuk. Dia minta saya belikan makanan ikan yang berharga RM1.00. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter bayaran.


Lepas tu berebut-rebutlah bagi ikan makan. Ikan pun berebut-rebutlah makan.... :D



Ibu dan anak sedondon. Boleh tempah di AnnaRozy Homemade Kids Couture.


"Mak, Merah datang mak.... " Berlakon ala-ala Bawang Merah :D


Sebelum berangkat pulang, bergambar dulu di depan pintu masuk.


Oh, Ibu dan anak sama-sama tak senonoh :P


Nasib baik kami datang awal. Sebab orang pun semakin ramai. Nanti makanan mesti sampai lambat.


Sebelum masuk kereta sempat lagi berposing.



Dah, sudah! Jom balik!

No comments: