Wednesday, February 6, 2013

A Fashion Story

Pon! Pon! Posmen datang!

Baru-baru ini saya menang baucar RM50.00 dari A Fashion Story dalam peraduan anjuran majalah Female. Barang yang saya pilih dari website A Fashion Story sudah sampai. Jom kita tengok. 



Semuanya aksesori rambut. A Fashion Story menjual pelbagai aksesori. Saya pilih aksesori rambut sebab ini semua bakal menjadi hak milik Hana Alesya.


Sibuk mencuba cekak rambut baru. Comelkan? Sibuk nak jadi princess Hana Alesya ni. Dapat pakai cekak rambut baru, tersengih sampai ke telinga.