Wednesday, February 6, 2013

Berjimba Di Shah Alam

Minggu lepas di Shah Alam saya singgah di rumah adik Huzein.

Aktiviti anak-anak saya bersama sepupu-sepupu mereka adalah mandi kolam. 5 orang sumbat dalam satu kolam kecil, memang kecohlah. 







Petang itu kami semua ke Jusco Bukit Raja. Tak jemu dan tak letih budak-budak ni mengadap permainan. Oh, gambar ini adalah lakonan semata-mata. Ibu tak ada kuasa nak habiskan duit membeli token. Mainlah sampai boring.


Lagi satu tempat berjimba yang kami singgah sebelum pulang ke Penang adalah Flaminggo Steamboat di Shah Alam.


Ini saja gambar yang saya ambil. Sibuk melayan anak-anak makan. Orang memang ramai sangat di sini dan makanan pun banyak. Cuma yang saya kurang berpuashati adalah tahap kebersihan di sini. Maklumlah orang sangat ramai, jadi sedikit huru-hara jadinya.

2 comments:

carikcrew said...

wlo sederhana yang penting happy

Aishah Megahasz said...

Carikcrew: Agree with you :D