Thursday, February 28, 2013

Demam Haley Thepoplook

Orang sekarang sibuk nak pakai baju peplum. Tapi peplum memang tak sesuai dengan saya. Rasanya kegilaan terbaru saya adalah Haley dari Thepoplook.com.

Masa 1st batch keluar memang saya dah berkenan sangat tapi tak sempat nak beli. Semuanya telah dirembat orang. Baju cantik siapa tidak suka? Bila Thepooplook announce 2nd batch akan keluar saya memang bersiap sedia tunggu depan PC. Koleksi 2nd batch, warna-warnanya sama dengan 1st batch.  Jam 10.55 pagi asyik refresh saja website Thepoplook. Tapi beli 1 sahaja, warna Navy. Sudah pun sampai ke tangan saya. Wah, memang selesa dipakai!




Hari ni keluar 3rd batch. Ada 5 warna baru yang lagi mengiurkan. Kali ini saya beli warna merah dan hijau. Serius memang suspen membeli Haley ni, takut habis. Dengan Maybank yang slow lagi. Alhamdulillah dapat juga 2 helai itu untuk saya.


Dalam masa 10 minit saja, semuanya habis licin! Ini memang demam betul ni.



Kalau tak dapat beli jangan nangis ye. Nanti Thepoplook akan restock balik dalam masa yang terdekat. Masa tu silalah bersiap sedia. Good luck!

7 comments:

~aYu~ said...

frust tak dapat rembat.. tunggu batch lain la..

Imaan09 said...

cantiknya.. nipis x chiffon dia? means kna pakai inner ke? nk 'bersaing' gak laa utk next batch.hehe

mekchu said...

nak tgk gambar bila pakai pulak.. bila dah baca ni, mula la teringin nak berhaley pulak..

Aishah Megahasz said...

Ayu: Add Thepoplook di FB nanti senang tau bila dia akan restock.

Imaan: Tak perlu pakai inner sebab Haley ni ada lining di dalam, tak jarang.

Mekchu: Nanti bila-bila saya post gambar pakai Haley :D. Mode ciwi.

AyuArjuna BiGoshh said...

x smpt nak beli.....

Aishah Megahasz said...

Ayu: Takpa nanti restock kena cepat-cepat rembat.

bunga13 said...

Fewww kali ni nk rembat oink merah n navy..huhuhu,selera jin