Friday, February 1, 2013

Eh, Ada Apa Dalam Laci?

Gigih mengemas work station. Konon-konon 5S. Nak bagi nampak meja kemas dan bersih. Barulah semangat bekerja.

Kemas punya kemas terjumpa di Shrek yang sedang mengendong anaknya. Patung Shrek ini saya dapat dengan pembelian Happy Meal, lama dulu. Teringat kenangan bergegas ke McDonalds semata-mata nak dapatkan patung ni sebab ada kena mengena dengan babywearing. Patung ini saya simpan di pejabat. Kalau simpan di rumah, alamatnya dah lama arwah. 


Ini entry tahun 2010, kisah bagaimana saya boleh beli patung Shrek ini. (KLIK SINI)

Wah, saya rindu nak mengendong baby!

2 comments:

Mama Zharfan said...

nak tambah baby ker hehhe

Aishah Megahasz said...

Suzie: Kalau ada rezeki, saya terima saja.