Wednesday, February 6, 2013

Hadiah Dari Pa&Ma

Minggu lepas telah diadakan Karnival Karangkraf di Shah Alam. Saya telah dihubungi oleh pihak Pa&Ma memaklumkan saya menang tempat ketiga dalam peraduan Lunatots. Wah, terkejut dan happy sangat sebab dah lama tak menang dengan Pa&Ma. Saya juga dijemput untuk majlis penyampaian hadiah pada hari Sabtu. Memandangkan Huzein ada kerja di Bangi pada hari Sabtu, tak dapatlah saya turut serta pada majlis tersebut. Saya wakilkan pada kawan saya Nurul Hayati dan pada hari Ahad saya ke rumah dia untuk ambil hadiah. Kebetulan Nurul Hayati memang tinggal di Shah Alam. Terima kasih Nurul Hayati!

Hari Ahad itu juga sebelum ke rumah Nurul Hayati saya singgah sebentar di Karnival Karangkraf. Ada 2 tujuan sebenarnya. 1, sebab nak ambil hadiah dari booth Pa&Ma. Sebelum ini sampai surat di rumah menyatakan saya menang dypers jenama Huggies. Saya telefon pihak Pa&Ma dan maklumkan saya akan ambil di booth Pa&Ma pada hari Ahad.

Comelkan booth Pa&Ma. Ini saja gambar yang saya ambil di Karnival Karangkraf. Saya sedang mengejar masa, jadi buat apa yang perlu sahaja.



Singgahlah saya di sini. Dapat sekotak dypers jenama Huggies. Memandangkan berat nak bawa jalan-jalan, saya tinggalkan sebentar di balai pengawal keselamatan.

Tujuan kedua saya ke karnival ini adalah untuk memborong buku. Buku yang memang saya akan cari adalah Dari Menara KL karya Abdul Jalil Ali. Alhamdulillah jumpa juga. Ada 2-3 buah novel juga saya beli. Selain itu buku untuk anak-anak pun ada. Beli dengan keadaan kelam-kabut sebab Huzein dan anak-anak menunggu di dalam kereta. Elok habis membeli, hujan pun turun dengan lebatnya. Kesian saya, bawa kotak Huggies dan buku-buku dalam hujan. Sudahlah kereta jauh sangat sebab tak ada tempat nak parking.

Inilah Huggies yang saya dapat. Kotak dah saya buang sebab dibasahi hujan.


Ini hadiah yang saya ambil di rumah Nurul Hayati. Kotak itu hiasan semata-mata. Bukannya menang mainan.



Inilah isi di dalam kotak. Semua barang yang saya dapat adalah produk Lunatots.


Hana Alesya happy bergambar dengan hadiah.


Terima kasih Pa&Ma. Banyak juga hadiah saya dapat kebelakangan ini dari Pa&Ma. Harus kemarau setahun sebab nama kena black list lepas ni :D

1 comment:

Anonymous said...

DRYPERS IS A BRAND...DIAPER OK.TQ