Wednesday, February 6, 2013

Hadif Syahmi di Sekolah

Hadif Syahmi tahun ini masih lagi bersekolah di tadika yang sama. Sudah 5 tahun dia sekarang. Gambar-gambar ini saya ambil di facebook tadika Hadif. Dapat juga tengok apa aktiviti dia di sekolah.


Suka tau nak buat muka macam tu. Buruk gambar.


Pada hari sambutan Maulidar Rasul semua anak-anak di tadika diminta berbaju melayu dan baju kurung. Hadif pakai baju raya tahun lepas-lepas.



Kebetulan hari itu saya bercuti. Tadika Hadif memang dekat sangat dengan rumah saya. Dapatlah saya lihat Hadif dan kawan-kawan berarak di sekitar taman perumahan. Saya cuma ambil gambar dari tingkat atas rumah. Tak sempat nak capai tudung dan berlari keluar.




Gembiranya mereka. Semoga Hadif terus rajin belajar, jadi anak yang bijak dan soleh. Insyaallah.

No comments: