Wednesday, February 6, 2013

Impiana KLCC Hotel

Dari Shah Alam, kami ke KL. Sebab utamanya nak bawa anak-anak melawat Petrosains. Malam itu kami menginap di Impiana KLCC Hotel. Hotel ini dekat sangat dengan  KLCC. Mudah untuk kami berjalan kaki ke Petrosains. 


Pagi-pagi lagi semua sibuk nak mandi kolam. Jadi tukar baju dan turun ke kolam mandi. Malangnya kolam mandi hanya untuk orang dewasa sebab tingginya 1.3meter. Kesian anak-anak ibu tak dapat mandi kolam. Main tepi kolam sajalah.





Memandangkan masih awal pagi, tiada orang pun yang datang ke kolam renang.


Sambil bersantai di tepi kolam renang, dapat lihat permandangan kota Kuala Lumpur.



Anak-anak bosan tak dapat mandi, jadi balik ke bilik sajalah. Lupa nak ambil gambar bilik sebelum ini. Maklumlah sampai pun dah malam. Semua sibuk nak berehat.

Lihatlah bilik di Impiana yang telah berjaya kami kucar-kacirkan.




Hotel ini memang best. Kemudahan lengkap. Paling saya suka sebab ada paip di dalam toilet. Kekurangannya sebab tak ada kolam mandi untuk kanak-kanak. Kesian anak-anak saya.

No comments: