Thursday, February 7, 2013

Learning Trip: Petrosains

Yeay, akhirnya dapat juga kami ke Petrosains. Masa cuti sekolah yang lepas beria nak bawa anak-anak ke Petrosains, tapi ramai sangat orang. Tiket semua dah habis. Kesian dekat anak-anak. Jadi kesempatan kami ke KL kali ini saya bawa anak-anak ke Petrosains.

Kami berjalan kaki dari Impianan KLCC Hotel. Dekat saja. Dalam 10 - 15 minit dah sampai. Sebelum ke Petrosains kami makan dulu.

Huzein makan nasi lemak.


Saya dan anak-anak makan nasi ayam.


Haziq kalau makan di mana-mana mesti nak pesan nasi ayam.


Oh, budak susah makan ini memang kena paksa makan. Kalau tidak tinggal dekat luar Petrosains.


Lepas isi perut dan bawa anak-anak ke toilet baru kami semua ke Petrosains. Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket boleh kunjungi laman web Petrosains. Kalau nak beli tiket murah, beli pakej famili. Jimat sikit. Ini merupakan kali kedua saya ke Petrosains. Sebelum ini saya pernah bawa Haziq dan Hadif. Tapi masa tu Hadif masih lagi kecil.

Di Petrosains juga ada perkhidmatan peminjaman stroller. Saja suka-suka saya pinjam stroller. Hana Alesya suka benar dapat naik stroller, turun sekejap, naik balik.


Pengembaraan bermula.


Seronok tengok anak-anak enjoy mencuba pelbagai permainan berkaitan dengan sains di sini. Maklumlah orang tak ramai, boleh main sepuas-puasnya.



Manis saja muka Hadif.




Hana Alesya cuba menangkap bayang-bayang kereta.



Bila tangkap gambar nampak jelas macam kereta sebenar. Tetapi kereta ini hanyalah imbasan cahaya.


Mencuba kapal korek.



Seronok kami bergambar di cermin ni. Nampak diri sendiri lebih dari satu di dalam cermin.





Dinasour yang menakutkan ramai orang terutamanya kanak-kanak. Lagi takut dia menyanyi dengan suara yang besar.


Haziq penuh bergaya minta bergambar di sini. Hadif dan Hana Alesya lari jauh-jauh. Masa pertama kali datang ke Petrosains dulu, Haziq takut sangat dengan dinasour ni. 





Mencuba gegaran gempa bumi.


Ada juga staf yang melayan kanak-kanak membuat contoh bumi dan juga harmonika daripada straw.





Haziq dan Hadif seperti biasa memang teruja main game.



Ini semasa pertunjukan sains.



Hana Alesya dan Hadif Syahmi mencuba permainan komputer.



Ini lebih kurang macam kilang. Memerlukan kerjasama ramai orang untuk melengkapkan task.


Ini gambar semasa Huzein, Haziq dan Hadif naik kapal angkasa. Saya dan Hana Alesya tidak ikut sama. Bayaran RM3.00 dikenakan kalau nak naik. Hadif kata dia ke angkasa lepas tapi tak jumpa dengan alien.



Memang banyak permainan berkaitan sains yang dicuba oleh anak-anak. Ibu juga yang kena sabar menunggu.




Oh, bukan anak-anak saya yang enjoy ye. Abah pun enjoy juga.





Last sekali boleh ambil gambar di sini. Tapi macam tak berapa berfungsi saja alatnya.


Tak larat nak cerita satu persatu. Pendek kata memang menyeronokkan. Bawalah anak-anak ada ke sana. Banyak yang boleh mereka belajar sambil bermain.

No comments: