Wednesday, February 20, 2013

My Wonderbox

Saya tertanya-tanya apakah itu Wonderbox? Saya terjumpa dengan website Wonderbox semasa google berkenaan bedak Ronasutra. Menariknya di dalam kotak Wonderbox ada pelbagai barangan kecantikan mengikut produk yang telah ditetapkan setiap bulan. Pelanggan boleh melanggan Wonderbox dengan harga serendah RM39.90 untuk sebulan dan Wonderbox akan dihantar terus ke rumah anda.

Hmm.... sebenarnya saya pun masih lagi belum arif berkenaan Wonderbox. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web Wonderbox atau register di SINI.

Dalam sibuk menggoogle, ada peraduan di Facebook Wonderbox Malaysia. Saya mencuba nasib dan ada juga rezeki saya di situ. Seronok sangat sebab dapat tengok apa yang ada di dalam kotak Wonderbox tanpa perlu membeli.




Inilah Wonderbox saya! Dibungkus cantik di dalam kotak, siap ada reben lagi.


Maklumat produk juga disertakan. Ada juga baucar diskaun. Wow!


Paling seronok tengok pelbagai produk kecantikan di dalamnya. Bedak Ronasutra idaman saya juga ada. Tak perlu beli lagi. Anda boleh dapat semua ini dengan harga hanya RM39.90. Murah bukan?


Setiap bulan produk di dalam kotak akan ditukar. Senarai produk ada dinyatakan di dalam website Wonderbox. Silalah berkunjung ke sana dan dapatkan Wonderbox anda.

5 comments:

Alia Adams said...

Lebih kurang CosmoBox jugaklah.

Aishah Megahasz said...

Alia: Yalah...website pun lebih kurang saja. Thanks for info. Menarik!

AyuArjuna BiGoshh said...

mmg best!

Mama Zharfan284 said...

besh sbb dpt free tu hehhe

Aishah Megahasz said...

Ayu: Hari tu dapat hadiah Cosmobox, cer cerita skit apa isi dalam?

Suzie: Best :D