Thursday, February 7, 2013

Pon! Pon! Van Milo Datang

Ini rezeki yang memang sudah terjangka akan menang sebab hadiah untuk Peraduan Milo ni memang banyak. Jadi gigih pergi beli Milo di Giant dan dengan gagahnya hantar borang. Cuma bila nak dapat tu yang belum tahu.

Tiba-tiba saja sampai hadiahnya di rumah. Suka tak? Suka.... (jawab ramai-ramai). Hadiah utama lagi tu, mana boleh tak suka. 


Isi dalam kotak besar lagi. Tengok kotak pun dah teruja, apatah lagi isi dalamnya.


Ini salah satu van Milo yang saya menangi. Buka satu saja, malas nak buka ke semuanya.


Untuk van saiz besar ini ada 6 van kesemuanya dalam satu set. Lagi satu set van kecil ada 8 van kesemuanya. Tak dapat nak ambil gambar sebab anak-anak sibuk nak seorang satu.


Huish, mana boleh. Ibu sayang koleksi ni. Jadi simpan balik dalam kotak. Tutup rapa-rapat dan simpan dalam stor. Insyallah, bila dah beli almari kaca, baru boleh keluarkan balik untuk display. Bukan untuk main ye... .hehehehehe.....

2 comments:

nazeef nazeem said...

salam..bestnyer dapat miniature van milo...support saya blogger baru..follow me back
http://nazsue1983.blogspot.com/

Aishah Megahasz said...

Nazeef: Terima kasih.