Thursday, February 21, 2013

Yayaz Big Day

Acara kenduri-kendara saya memang suka. Sebabnya dapat berjumpa sanak-saudara yang kadang-kadang Hari Raya baru dapat berjumpa. Kali ini kenduri sepupu Huzein, Yayaz. Kenduri diadakan di Manjoi, Perak.

Sebelum bertolak ke rumah pengantin, kami berkumpul di Masjid Negeri Ipoh. Dapatlah bertanya khabar dahulu dengan mak/bapa saudara dan juga sepupu yang lain. 


Anak-anak seperti biasa, riang-ria tak mengira masa.



Berkunjung ke rumah pengantin, orang lain sibuk tolong mengangkat hantaran, saya sibuk mengendong anak.


Meriahkan hantaran?


Acara dimulakan dengan majlis pertunangan. Ini semasa majlis berlansung. Saya dan anak-anak tunggu di luar. Kalau tidak haru-biru.


Pengantin perempuan. Comel dan gebu kulitnya.


Habis acara baru saya lepas anak-anak masuk ke dalam rumah. Ternganga mulut tengok hantaran, maklumlah macam-macam ada. Sambil-sambil tu tengok orang ramai yang sibuk bergambar dengan pengantin.



Hana Alesya pun sibuk nak bergambar dengan pengantin dekat pelamin. Jadi, dia main redah saja duduk atas riba siapa pun tak tahulah. Yang tak boleh tahan, siap buat 'peace' lagi. 



Keluar dari rumah, minta Uwais pasangkan kasut. Bukan main lagi.



Makan time. Ini geng kelab huru-hara sedang makan pulut kuning. 


Habis makan main game pula.


Kemudian, kami semua berjalan kaki ke masjid berhampiran rumah pengantin. Acara akad nikah akan diadakan di masjid.


Menempek dekat Atuk.



Alhamdulillah, acara berjalan seringkas mungkin. Selamatlah Yayaz menjadi suami orang. Tengok muka macam budak-budak lagi.




Masa akad nikah dijalankan, saya bawa anak-anak keluar. Tujuannya tak mahu anak-anak bising di dalam masjid semasa acara dijalankan.



Hana Alesya peluk geram!


Habis majlis kami berjalan kaki pulang ke rumah pengantin semula.


Tajuk gambar di bawah adalah, saya seorang ibu :D
Layan anak-anak makan dan minum.

 


Tajuk gambar di bawah, saya seorang abah. Relaks je.....


Berkesempatan bergambar beramai-ramai. Teringat kenangan di rumah Opah di kampung. Rasa macam lama sangat tak ke sana. Ini nasib ada kenduri, kalau tidak memang susah nak berkumpul.


Tahniah Yayaz! Semoga menjadi suami yang baik.

No comments: