Wednesday, March 6, 2013

Berparti Di Puncak Mutiara

Sempena ulangtahun kelahiran Hadif, saya hantar gambarnya ke Facebook Dutch Lady untuk February Kids. Saja suka-suka. Nampaklah gambar Hadif di Facebook Dutch Lady. 


Ok, sempena ulangtahun kelahiran Hadif, saya sekeluarga makan besar di Puncak Mutiara, Kampung Pelet sekali lagi. Memandangkan makan di situ selesa, anak nak bising-bising pun tak apa, jadi kami memilih ke sana. 


Lepas habis pesan makanan, seperti biasa semua sibuk tengok Huzein main game. Obses sangat dengan benda 4 segi tu.



Birthday boy pegang party pack. Tak sabar-sabar dah nak buka. Tapi saya cakap boleh buka lepas makan.


Jadi, jom kita makan dulu. Kuey teow goreng untuk birthday boy.


Ini arnab tau. Saya cuba juga rasa. Rasanya liat-liat, macam ayam kampung.


Ini saya punya, share dengan Hana Alesya.


Kalau ambil gambar sekarang mesti nak buat gaya 'flying kiss' gini.


Hana Alesya dan ibu. Siapa comel?


Haziq seperti biasa mesti order Chicken Chop.


Lepas makan semua dibenarkan buka party pack dan bergumbira!







Masa untuk potong kek!


Kek yang malang. Belum apa-apa lagi Hana Alesya dan cucuk lubang di mata Spiderman. Kejadian berlaku di rumah sebelum kami bertolak ke Puncak Mutiara. Kek saya order dari kawan di pejabat. Boleh lawat LeenSani HomeMade kalau nak order. Kek sedap!



Ya, mari potong kek. Tak ada acara tiup lilin sebab lupa nak beli.




Hadif layan minum Manggo Lassy. Manggo Lassy di sini antara yang sedap pernah saya rasa.


Hana Alesya memang enjoy makan kek. Hadif dan Haziq makan sedikit sahaja. Lebihan kek saya bawa pulang dan beri pada jiran-jiran.






Habis makan kek sambung berparti semula. Memang bising dan kecoh. Apa sajalah anak-anak, asal bahagia.



Balik ke rumah, sambung main di rumah pula. Adoi, memang tak reti letih budak-budak ni. Ada saja energy. Hm.....apa-apa sajalah, asal bahagia!

1 comment:

Fadth Wan said...

Wahhh..dah lama tak p puncak mutiara..harap ja umh dekat ctue...hehe. Teringin chickenchop..